Masih ada kerja kosong bagi yang malas

Bill Gates pernah meluahkan kata-kata bahawa beliau akan memilih pekerja yang malas untuk bekerja di syarikatnya kerana orang seperti itu akan sentiasa mencari jalan singkat untuk menyiapkan satu satu tugasan berbanding orang biasa yang menggunakan kaedah konvensional.

Saya percaya malas yang dimaksudkannya adalah cerdik dan licik serta pandai mengambil kesempatan dimana ada kelemahan dan bukanlah malas semata.

Kita juga sebenarnya banyak aplikasikan malas ini dalam kehidupan seharian.

Contohnya penciptaan robot pembersih vakum. Robot ini bentuk macam piring atau pemain CD yang berjalan sendiri dan menyedut habuk secara automatik di dalam rumah.

Dengan adanya robot sebegini manusia sudah boleh melepaskan tugas ini kepada sebuah mesin. Manusia malas nak vakum dan serahkan tugas pada sebuah robot. Tapi manusia juga licik dan cerdik dalam mencipta rekaan ini dimana dia boleh gunakan masa yang terluang untuk membuat satu aktiviti yang lebih bermakna.

Begitu juga dalam pemasaran internet. Bagi orang yang malas, dia boleh serahkan beberapa tugas kepada satu mesin/software yang membuat kerja secara auto dan berterusan sementara itu dia boleh fikir perkara yang lebih besar dan lebih penting.

Memang hebat jika kita ada otak macam Bill Gates ini.

Contoh pemasaran internet yang dibuat secara auto ialah dengan menggunakan blog. Ianya ibarat sebuah kedai yang beroperasi berterusan tanpa perlu buka dan tutup. Sentiasa on sepanjang masa dengan syarat kita set kan SEO yang betul pada blog tersebut.

Tidak mustahil anda yang malas boleh menjalankan pemasaran internet atau menjual prouk dan servis dengan menggunakan internet.

Klik sini —> Pemasaran blog orang malas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *