Mantapkan Promosi dengan Muhasabah Diri

Seringkali kita mungkin selalu menemui jalan buntu dalam menjalankan promosi justeru apa tindakan kita sebagai tindakan post mortem?

  1. Periksa kempen samada semuanya telah dilaksanakan seperti yang dirancang mengikut flow yang tersusun
  2. Semak laman web, blog, link dan semua aspek teknikal yang terlibat samada berlaku error di mana mana yang menyebabkan berlakunya breakdown
  3. Lain -lain

Namun adakah kita telah mengambilkira faktor faktor spiritual yang mengaitkan aktiviti kita dengan redha dari Maha Pemberi Rezeki iaitu Allah swt. Adakah kita telah menitikberatkan perkara perkara berikut sebelum terus mengaitkan hasil titik peluh kita dengan usaha dari kudrat semata mata:

  1. Pasti bahawa solat kita telah mantap dan sentiasa dahulukan Maha Pemberi Rezeki melebihi usaha promosi kita sendiri
  2. Jelas bahawa sebahagian hasil dari usaha kita wajib dizakatkan sekurang kurangnya sebanyak 2.5% sebagai ikhtiar rezeki kita tidak hilang setelah penat lelah berusaha
  3. Faham bahawa menginfakkan sebahagian hasil itu pula mampu mengembangkan lagi bisnes kita atau dengan lain perkataan menyuburkan lagi rezeki
  4. Menambah amalan sunnah Nabi saw dalam menjalankan perniagaan dan berusaha menyenangkan diri dengan kebiasaan amalan ibadah sunat mampu memberi kelapangan rezeki  yang luas
  5. dan banyak lagi RAHSIA yang kita akan bongkarkan jika rajin membuat penyelidikan dan pembacaan

Apabila kita sedar tentang keujudan faktor spiritual ini yang merupakan faktor utama dan faktor usaha pula merupakan faktor kedua maka anda telah berada di atas jalan yang selamat. Manakala bagi yang berfikir sebaliknya dimana usaha itu faktor utama melampaui yang lain lainnya maka anda perlu fikir kembali dan perbetulkan.

Kesimpulannya anda boleh mantapkan promosi dengan cara muhasabah diri sendiri agar ianya selari dengan kehendak Ilahi. Semoga usaha kita dirahmati. Amin.

5 thoughts on “Mantapkan Promosi dengan Muhasabah Diri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *