MAHA 2018: Pemasaran dalam talian elak orang tengah




Saya teringat nak ulas topik ini tapi tak sempat-sempat. Kebetulan MAHA 2018 pulak sekarang ni jadi nak ambil tempias MAHA 2018 nak bagi sikit pandangan untuk petani-petani.

Perdana Menteri, Dr M dalam perasmian MAHA 2018 di Serdang menyentuh beberapa isu kritikal bidang pertanian negara yang dilihat amat berpotensi tetapi masih banyak ruang yang boleh diambil kesempatan bagi memajukan lagi daya saing pertanian sebagai perniagaan.

Sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih agak kecil iaitu pada 8.17 peratus atau RM37.4 bilion tahun lalu sedangkan potensinya sangat besar dan boleh dikembangkan.

Antara poin yang ditekankan adalah:

– menggunakan peralatan digital

– teknologi baharu dan canggih

– mekanisasi dan automasi

Ini penting bagi memastikan dapat meletupkan pengeluaran yang lebih tinggi dan cekap.

Selain itu adalah sangat utama untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan aset logistik sedia ada, merangkumi pusat pengumpulan dan pengedaran, kemudahan rantaian sejuk serta mesin dan jentera pengangkutan.

Kesemua rantaian nilai sektor agro makanan akan dimanfaat sepenuhnya,sekaligus membolehkan masyarakat petani, penternak, nelayan dan usahawan asas tani memperoleh batas ekonomi yang lebih besar, akses kepada pasaran yang lebih luas dan rangkaian pengedaran yang lebih efisyen.

Dengan adanya kemudahan yang mencukupi akan mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah yang melampau dan kerugian hasil lepas tuai yang tinggi. Berkaitan orang tengah adalah dicadangkan petani boleh juga untuk memasarkan sendiri produk pertanian mereka. Jabatan pertanian dan FAMA telah sediakan pelbagai kemudahan bagi petani untuk menjual produk pertanian mereka.

Apakata ambil inisiatif tambahan juga boleh oleh petani dengan menfaatkan teknologi digital dengan memasarkan atau mempopularkan produk pertanian mereka dengan cara pemasaran dalam talian. Saya masih ingat pernah melihat dokumentari petani jepun menjual epal organik dalam talian dan disini yang paling popular ialah jualan mempelam atau mangga harumanis yang popular tu dibuat secara jualan online.

[PERHATIAN!] Nak Contoh Ayat Jualan FB dan Instagram SEGERA? Hanya COPY, ADJUST & PASTE Ayat Jualan Ini untuk Mula Promote Produk dan Servis Anda HARI INI! ---> Apply Template Ayat Jualan Ini di Akaun FB Profile / FB Group / Instagram Anda SEKARANG dan Lihatlah Bagaimana Hasilnya!

About Azam Mohd 699 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk dan servis masing-masing di blog ini secara PERCUMA sebagai aktiviti CSR dan dakwah. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*