Macam mana nak buat iklan percuma di facebook


Macam mana nak buat iklan percuma di Facebook?

Cara nak beriklan di FB ialah dengan bina kepercayaan pelanggan terhadap diri kita.

Diri kita sendiri adalah aset.

Istilah dia ialah online positioning.

Siapa kita dimata fb friends dan follower?.

Adakah mereka kenal kita atau setakat scroll newsfeed je.

Adakah status kita di mata mereka setakat lalu bagai angin yang bertiup atau diaorang memang tertunggu-tunggu akan status update kita.

Anda perlu pastikan dan cari jawapan ini.

Ini kerana setiap posting kita atau status update ialah iklan percuma.

Update status boleh jadi untuk branding nak beritahu apa kita jual, apa produk kita, apa status terkini bisnes kita dan pelbagai info berguna yang boleh dimanfaatkan oleh friends dan follower kita.

Untuk pastikan kita ini penting di mata mereka perlu lah perati beberapa petunjuk.

Contohnya berada orang like setiap kali update status dan berapa komen kita dapat.

Ini pun dah cukup nak tunjuk samada kita ini penting atau tak.

Jika krik krik krik maknanya anda masih belum boleh menjual di FB.

Tak boleh.

Apatah lagi jika kita posting, Jual, jual, jual. Murah murah murah.

Cara ini alamatnya memang FAIL!

Takkan ada orang yang nak membeli.

Cara nak menjual di FB ni dia lain macam sikit.

Prospek akan mulanya follow follow dulu kemudian like like dan bila dah sangkut baru dia komen komen.

Pelanggan akan mula letak kepercayaan dan kemudian baru berani nak membeli.

Jika kita nak terus menjual disarankan terus buat website dan ini perlukan modal.

Sama juga FB ads. Boleh terus jual tapi kena keluar modal lah ya.

Cara percuma pun boleh juga cuma syaratnya perlu banyak perkongsian, cari ramai pengikut, tarik ramai kawan, share tips dan bila anda sudah dikenali dan popular selepas itu baru boleh start menjual.

Itupun bila kita nak mula-mula jual tu kena minta permission dan tanya di FB wall.

Dapatkan feedback.

Bila ada yang positif maksudnya boleh la offer produk.

Interaksi ni la yang akan merancakkan jualan secara tidak langsung.

Ibarat bisnes jual dengan kawan-kawan gitu dan kepercayaan yang terbina akan menjadi alat yang menarik kawan kepada kawan yang lain untuk membeli.

Ya, recommendation. Semuanya berlaku secara rela.

Tiada paksaan. Ada juga yang panggil permission marketing.

Sejujurnya mahu berjaya, perlu kepada skill komunikasi yang agak tinggi.

Tapi memang berbaloi apabila kita miliki skill marketing sebegini.

Have any Question or Comment?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FREE Download!

Nak RAHSIA Berniaga di FB?
>>KLIK SINI!<<

Sadaqah tanda syukur

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com