Macam mana nak berjaya dengan mudah?

Macam mana nak berjaya? Anda nak berjaya? Semua orang mahu berjaya. Jika ada diberi pilihan untuk berjaya, adakah anda pilih jalan mudah atau yang susah? Atau adakah anda akan pilih cara yang betul, beretika atau cara yang salah,tidak mengikut lunas agama dan undang-undang.

Jawapannya pasti saya nak berjaya dengan cara yang mudah dan mengikut lunas lunas yang dibenarkan. Ini adalah jawapan fitrah dalam diri lumrah seorang manusia.

Sudah jelas.

Tujuan saya menulis tajuk ini semata mata nak mengingatkan anda dan diri saya bahawa kita sememangnya buta dan alpa pada banyak ketika. Hanya pada waktu waktu kita kesusahan dan banyak merenung baru kita nampak perkara perkara yang sebelum ini kita ketepikan.

Saya nak tanya anda, sedarkah anda bahawa kita semua adalah hamba Allah?

Rasanya ramai yang belum sedar atau sekejap sedar sekejap tidak,lumrah manusi sifatnya pelupa. Apa kaitannya dengan topik yang saya cuba kupaskan?

Oleh kerana kita ini hamba Allah, sepatutnya kita perlu lakukan setiap aktiviti kita dengan Lillahita’ala. Semuanya kerana Allah, mula dari Allah, buat kerana Allah, diakhiri juga dengan nama Allah. Subhanallah. Allahuakbar.

Jadi macam mana nak berjaya dengan mudah?

Caranya ialah dengan mengikut laluan yang di redhai oleh Allah.

Tapi anda juga perlu mulai dengan inisiatif setidak-tidaknya dengan yang paling minimum. Sebaik-baiknya dengan semangat yang membara.

“Tiadalah nasib sesuatu kaum itu berubah jika mereka sendiri yang tidak mengubahnya”. Itulah yang selalu kita dengar.

Anda rasa diri anda agak ketinggalan dan ingin berubah?

Itu maknanya sudah ada hidayah atau kesedaran dalam diri. Detik hati itu first step yang paling awal. Langkah seterusnya ialah langsung doa mohon dari Allah agar dikurniakan kekuatan untuk berubah. Perlu yakin – seyakinnya yang Allah pasti membantu! Ini adalah usaha yang mesti dibuat di tahap kedua. Ingat tak, kita ini hamba Allah maka pertama tama kali nak take action, mohon dari Allah dulu agar diberi kekuatan, kudrat untuk melakukan usaha seterusnya.

Step ini perlu anda beri perhatian. Tidak semua orang ada kekuatan untuk berdoa mengangkat tangan dan memohon pada Maha Pencipta. Ini kerana kebanyakan kita berfikir usaha itulah yang lebih utama. Benar. Usaha itu penting tapi ia bukan yang paling utama. Allah yang paling utama. Doa yang paling utama. Ibadah yang paling utama. Solat yang paling utama. Selepas itu kemudiannya barulah berusaha sehabis mungkin hinggalah ke titis darah yang terakhir. Kejayaan boleh dicapai dengan ibadah dan mulai ia dengan doa.

Allah akan merubah kita mengikut doa permintaan kita itu. Jika kita tidak ada kesedaran untuk berubah dan langsung tidak mohon pada Allah nak berubah maka kita sendirilah yang tidak berusaha untuk berubah.

Itulah maksudnya, “Tiadalah nasib sesuatu kaum itu berubah jika mereka sendiri yang tidak mengubahnya”. Itulah yang selalu kita dengar.

Jadi jom kita berdoa mohon perubahan untuk capai kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ingini.

Mulakan dengan doa kepada Yang Maha Pencipta.

Contoh cara berdoa:

1. Cara doa 1

2. Cara doa 2

Rezeki boleh diperolehi bermula dengan ibadah. Penyakit boleh diubati bermula dengan ibadah. Ketenangan hidup boleh dicapai dengan ibadah. Salahuddin Al-Ayubi mencapai kejayaan dalam perebutan Jurusalem kerana mengutamakan ibadah lebih dari kekuatan atau kelengkapan ketenteraan (beliau mengutamakan solat malam dan pembacaan Al-Quran pada setiap hari disamping tentera yang berdisiplin).

Jadi jika nak berjaya kita perlukan sistem step by step. Ianya bermula dengan ibadah mohon petunjuk dari Allah swt.

Klik sini —> Saya nak berjaya

5 tips bagaimana untuk berjaya.

Tips dalam bentuk video bagaimana untuk berjaya.
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com