Laptop online murah bawah RM1200

Dalam pada zaman gawat ini percaya tak masih ada laptop online murah bawah RM1200.

Gawat ni sebenarnya dia subjektif sangat bergantung kepada persepsi masing-masing.

Kita masih bertuah alhamdulillah bumi Malaysia ialah bumi yang barokah.

Pergi sahaja dimana ada barang mahal sudah pasti ada pula barang yang sama tapi lebih murah.

Jika ada barang yang murah kenapa nak beli yang mahal pula kan.

Yang kaya belilah barang mahal tapi yang kurang mampu carilah barang diskaun, in shaa Allah ada cuma kena rajin mencari.

Macam tu juga laptop.

Tak semua laptop mahal, jangan salah faham.

Laptop harga RM1000 tak semestinya cikai.

Saya masih ingat sewaktu isteri sambung belajar kami ke Low Yatt cari laptop.

Memang cari yang bajet punya akhirnya dapatlah laptop Toshiba Intel Celeron je harga lebih kurang tak mahal sangat.

Tapi nak tau tak.

Sampai ke hari ini laptop tu masih berkhidmat, memang tabik.

Kuncinya ialah kualiti macam kereta kebal.

Harini Toshiba tak lagi keluarkan laptop mungkin kerana fokus bisnes yang core sahaja.

Kita masih lagi boleh dapatkan laptop kualiti dengan jenama otai macam HP dan lain-lain.

Walaubagaimanapun laptop jenama yang baru-baru macam Asus, Lenovo pun apa kurangnya.

Jika bajet kita terhad takde salahnya beli laptop murah sebab yang penting ialah laptop yang tahan lasak.

Kadangkala tak perlu pun beli spek tinggi atau prosesor power giler.

Asal boleh buat kerja dan surf internet dah cukup power tu.

Sekarang ini lebih mudah kerana kita boleh beli laptop secara online lagi.

Mudah, murah dan konvinien.

Tak perlu ragu-ragu jika nak beli laptop murah online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *