Langkah-langkah menjual secara online di Facebook

Mungkin ramai yang tak perasan.

Nak menjual secara online ni melibatkan beberapa langkah.

Ini bagi menyiapkan minda anda agar lebih bersedia dan tidak mengambil mudah.

Biar kita bersedia lebih dari tidak bersedia langsung.

Ok mula-mula sekali apabila kita berniat nak menjual mestilah tengok trend barang apa yang laku.

Pada waktu ini jangan fikir stok dulu.

Jangan beli barang dulu jangan keluar modal dulu.

 

Step 1

First step buat validation di medium pemasaran fb yang anda nak guna.

Step ini anda mesti ada ilmu pemasaran.

Caranya ialah dengan gunakan ayat pemasaran yang sesuai.

Ayat yang sesuai akan memanggil pelanggan yang betul.

Apabila ayat yang digunakan tidak sesuai, tidak akan ada yang respon.

Jadi, kena pastikan samada cara anda buat ayat tu betul ke tidak.

Sekiranya tak betul nanti anda ingat produk anda yang tak laku.

Walhal, cara anda menjual yang tak betul.

 

Step 2

Bila dah dipastikan produk yang  nak dijual tu laku tiba masanya nak ambil stok.

Carilah supplier yang reliable.

Harga pulak mestilah ngam.

Ini memastikan agar bisnes anda tak terganggu.

Bayangkan anda dah jumpa produk laku.

Pelanggan pun ramai minat tiba-tiba supply takde.

Masa itu anda akan rasa macam nak nangis pun ada.

 

Step 3

Kumpul database.

Apa tu?

Rekod semua butir pelanggan.

Buat follow up kepada pelanggan yang lama menyepi.

Tujuannya ialah untuk buat repeat sales.

Setengah kita fikir asyik nak cari pelanggan baru.

Sebenarnya pelanggan lama juga ada potensi nak beli.

Cuma bergantung kepada kita samada nak promo atau tak.

 

Ok setakat itu tips kali ini.

Mungkin nampak simple tapi sekiranya ada manfaat bolehlah share dengan kawan-kawan.

Klik sini ketahui formula ayat jualan yang POWER!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *