Kuasai teknik penulisan ayat promosi untuk viralkan bisnes online

Saya akui bukan semua orang suka menulis.

Tapi sebagai peniaga kita mesti kuasai teknik penulisan ayat promosi untuk viralkan bisnes online.

Bisnes online bukan macam bisnes offline ada kedai buka booth tunjuk muka atau call customer.

Especially Gen X dan Gen Y dikatakan semuanya suka dengan online, internet dan wifi.

Tak kenal, tak jumpa muka jadi pemasarannya totally penulisan.

Tulis di Facebook, tulis di Whats App, tulis di sms, tulis di email, tulis di blog semuanya penulisan.

Jadi pada zaman ini kita tidak boleh lari dari penulisan dalam mempromosikan bisnes online.

Di saat saya menulis artikel ini juga saya sedang menulis untuk memberitahu semua bahawa kepentingan menulis dalam mempromosikan perniagaan anda adalah sangat penting.

Bagi yang malas menulis dan berfikir mereka ambil jalan mudah membuat spam dan menyuruh orang lain membeli produk mereka secara paksa.

Biasanya tiada siapa yang akan melayan promosi paksaan malah mereka akan lari jauh jauh.

Secara psikologi manusia suka membeli tetapi tidak suka dipaksa membeli tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Ibarat window shopping survey dulu kemudian baru beli.

Banyak faktor perlu diambilkira sebelum mengeluarkan wang dari poket.

Murah tetapi reply lambat dan menunjukkan support pun gerenti slow tidak akan trigger orang untuk membeli.

Begitu juga produk mahal belum tentu barang elok dan kadangkala seller tak berapa nak layan atau nak cepat jual agar lepas itu tak payah layan nak elak customer komplen atau refund.

Sebagai peniaga penulisan ayat untuk mempromosikan bisnes online kita mestilah menggambarkan keadaan sebenar.

Jujur sudah pasti produk atau servis yang mahu diberi mestilah terbaek dan supply dari pembekal yang dipercayai.

Produk, pengiklanan, personaliti peniaga, kata yang ditulis semuanya penting dalam memainkan peranan meyakinkan pelanggan agar mereka meletakkan kepercayaan yang tinggi.

Ini adalah bagi memastikan bisnes online bertahan lama dan dikenali diakui dan dipercayai.

Penulisan yang mantap akan menambah kekuatan bisnes online meletakkan anda setapak kehadapan dari orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *