Kuasa doa

Pendek je tajuk perkongsian kali ini. Kuasa doa.

Baca tajuk maksudnya kuasa Allah swt dan bukan doa senata-mata itu ada kuasa.

Ada lagi satu renungan, Allah itu menurut sangkaan hambanya.

Jika merujuk kepada ahli Barat, minda yang dikatakan berkuasa membentuk apa yang mereka ingini.

Bagi umat Islam biarlah kita gantikan dengan doa.

Sebabnya bila kita fikir dan membayangkan sesuatu dalam fikiran ia seolah-olah doa.

Fikir positif, Allah akan jadikan life kita positif dan begitu juga sebaliknya.

Ada seorang kawan bukan Islam suatu hari ini auranya agak negatif dan selalu mengulang perkataan, “takde duit”. Akhirnya basikalnya juga hilang dicuri.

Ada seorang kawan dari Indonesia belajar di UPM, penyelidikannya menyentuh tentang satu bakteria yang belum lagi dibuat oleh mana-mana penyelidik. Beliau risau dan serahkan urusan ini pada Allah swt.

Bukan serah fail tapi sujud sembahyang tahajud tiap malam dan mengadu bagaimana nak survive.

Setelah beberapa lama, jawapan sampai dalam mimpi berbentuk abstrak.

Mengikut petunjuk dalam mimpi beliau mengambil sampel di tempat yang digambarkan.

Nak tahu tak warna bakteria yang beliau jumpai sama seperti pentunjuk abstrak dalam mimpi.

Dengan kuasa doa dan pengharapan yang kuat kepada Allah swt, akan turun kurnia yang tidak disangka-sangka.

Dari sesuatu yang tiada menjadi ada.

Pengalaman saya sendiri menghadapi cabaran waktu belajar tidak mendapat sebarang keputusan walaupun telah bermula sepanjang 6 bulan.

Setelah bertahan lama sampai satu saat saya merintih dan terasa berat beban dilepaskan dengan titisan air mata lelaki.

Anehnya selepas itu dan dan result jadi positif. Bayang benda yang tidak ada selama enam bulan boleh tiba-tiba muncul pula.

Itu berlaku setelah kita berdoa.

Wallahu’alam.

2 thoughts on “Kuasa doa”

  1. Assalammualaikum

    Tuan,

    terima kasih atas perkongsian ini. Betul, we are what we think.

    Dunia dalam kita mempengaruhi dunia luaran kita.

    Apa yang kita fikir, adalah apa yang kita terjemahkan dalam kehidupan kita.

    Ramai orang tak faham ini termasuklah saya dulu.

    nak berubah jadi dari negatif sokmo kepada positif sokmo sangat-sangat perlukan latihan yang komprehensif.

    ini termasuklah jua soal berserah bulat-bulat kepada Allah setelah kita melaksanakan ikhtiar kita juga sangat-sangat memerlukan istiqomah dalam hati.

    apa-apa pun kembali kepada Yang Maha Kuasa juga tetap memberi ketenangan. Apa yang dikurniakan itu PASTI adalah yang terbaik buat kita.

    =)

    Wallahhualam.

    Just my two cents.

    -raidah-
    http://www.blograidah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *