Kos pergi ke China untuk memborong barang bisnes


Apabila korang nak mula bisnes borong barang China mestilah masukkan kos sekali kos perjalanan untuk survey-survey dulu kat China.

Itu belum masuk lagi kos beli barang yang nak dibuat bisnes tu lagi.

Tujuan survey-survey tu adalah untuk:

  1. Pastikan supplier tip top
  2. Elakkan dari supplier penipu
  3. Cek produk borong samada berkualiti
  4. Tengok sendiri kilang ujud atau tidak
  5. Uji komitmen supplier borong serius ke atau main-main
  6. Kawtim harga dengan pengilang
  7. dan macam-macam hal lain

Jadi bisnes borong produk China bukanlah satu benda yang boleh diambil mudah sebabnya nak elak kerugian di kemudian hari akibat dek kena tipu dan juga sekiranya ada ketidak cekapan di mana-mana.

Cuba bayangkan dengan kos pergi ke China yang dah dilaburkan nanti adakah ianya akan memberikan pulangan seperti yang dikehendaki.

Kos-kos yang terlibat secara am apabila korang nak terlibat borong produk dari China adalah:

  1. Tiket kapal terbang ke China RM1,100
  2. Visa ke China RM200
  3. Hotel menginap di China RM600
  4. Makan dan pengangkutan RM600
  5. Shipping dan bagasi RM500

Jadi jumlah kos keseluruhan adalah lebih kurang RM3,000 yang mana pastinya korang pasti menyesal kalau tak balik modal. Walhal kos tu pun dah boleh la guna nak beli barang dan start bisnes terus kan.

Bagi korang yang banyak duit boleh la bakar RM3,000 tu tapi bagi yang terdesak nak mula bisnes tapi tak banyak modal kat tangan RM3,000 tu terasa sayang nak habiskan gitu-gitu je.

Kalau korang tergolong dalam golongan yang kedua dan mempunyai modal yang sangat terhad sebenarnya tak perlu spend RM3,000 untuk pergi ke China untuk negotiate dengan pengilang.

Rahsianya ialah dengan buat negotiation secara online sahaja.

Hanya dengan melayari satu laman web sahaja korang dah tau supplier korang nak deal sebab kita boleh tau yang mana reliable yang mana tak boleh pakai.

Semuanya dihujung jari dan ini memang jadi feveret aku. Duduk depan komputer pakai kain pelikat je haha.

Tapi ada juga orang yang lebih suka berjalan sambil bisnes. Itu terpulang kepada kesesuaian masing-masing.

Tapi kalau korang sejenis dengan aku – suka dok rumah untuk buat duit atau nak dapatkan produk-produk pelik dari China tanpa pergi ke China boleh la tengok laman web borong China ni.

Have any Question or Comment?

2 comments on “Kos pergi ke China untuk memborong barang bisnes

teringin gak nak pegi china

walupun bukan atas sebab beli barang bisnes.

Azam Mohd

titan; terima kasih abam. komen mu tetap akan aku kenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FREE Download!

Nak RAHSIA Berniaga di FB?
>>KLIK SINI!<<

Sadaqah tanda syukur

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com