Komisen affiliate Samseng Facebook

rahsia komisen affiliate terbongkar

Ini adalah kali pertama saya dedahkan hasil affiliate diblog ini. Alhamdulillah ada lagi komisen affiliate yang saya dapat sebelum ini dan hanya terfikir nak share di sini dengan tujuan untuk membakar semangat agen affiliate yang lain. Saya akan kongsikan lagi kejayaan memperolehi komisen di masa masa akan datang, insyaAllah.

Komisen ini adalah dari pembelian produk Samseng Facebook. Pelik namanya. Apa dia Samseng Facebook ni? Ia merupakan ‘like gate’ ibarat tol yang akan mengutip like sebelum anda boleh meneruskan pembacaan, download dan sebagainya di laman seterusnya. Apa yang sangat best mengenainya ialah anda beli sekali sahaja tapi anda boleh menjana berpuluh puluh kod untuk anda letakkan di banyak blog atau page yang anda ada. Maksudnya bukan hanya dapat satu ‘like gate’ tapi unlimited.

Berbalik kepada komisen affiliate, untuk pengetahuan anda, Jomniaga.com hanyalah salah satu program affiliate Malaysia. Anda tentu nak tahu lebih banyak lagi lubuk affiliate di Malaysia ni.

Teknik menjana komisen affiliate yang saya gunakan ialah:

1. Blog – sambil menulis santai beri tips berguna kepada pembaca

2. Fan page – kelebihan fan page ialah ia memberi lebih ruang interaktif

3. Pemasaran emel – saya masih belum mahir dan sedang belajar

Anda mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat kesemuanya atau hanya sesuai dengan salah satu cara. Jadi tak perlu gopoh dan teruskan dengan apa yang anda buat cuma perbaiki skill dari masa ke semasa.

Cuma jangan lepaskan masa anda dengan sia-sia sahaja dengan berblog, berfacebook dan beremel tanpa menghasilkan komisen. Rugi tau.

Anda mampu mengubahnya!

Nak tahu bagaimana saya promosi affiliate ni?

Klik sini —> Rahsia saya promosi affiliate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *