Kita adalah apa yang kita fikir

Minda manusia ini sangatlah unik. Pelik pun iya juga.

Alkisah diberitakan manusia hanya menggunakan beberapa peratus dari kemampuan minda sendiri.

Selebihnya tidak atau belum di gunapakai.

Bayangkan dengan beberapa peratus itu sahaja sudah berapa banyak yang manusia capai.

Ini menunjukkan berapa besarnya kekuasaan Allah.

Kita selalu dengar; Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mana kaum itu tidak mengubahnya.

Itulah maksudnya.

Anjakan paradigma.

Perubahan mindset atau minda.

Seseorang itu perlu terlebih dahulu upgrade pemikirannya baru boleh next step buat perubahan dalam hidupnya.

Demikianlah bagi orang yang sentiasa negatif maka tetaplah kedudukannya disitu sampai bila-bila.

Ini disebabkan halangan dalam mindanya sendiri, tak boleh salahkan orang lain.

Minda yang bebas membentuk keperibadian yang positif.

Allah itu punya kuasa yang tak terbatas.

Rezeki dari Allah juga pastinya sama.

Terpulang pada individu bagaimana nak bayangkannya.

Buka minda, lapangkan dada, banyakkan berangan, doa setiap masa, jangan berhenti, serah padaNya.

SANGKA BAIK terhadap Allah.

Pasti Allah akan balas kepercayaan kita kepadaNya.

Semuanya bermula dari minda!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*