Ketahui cara borong 1688

Jom baca sini. Adalah satu kerugian bagi mereka yang tak tahu nak borong china 1688. Apa citer 1688 ni? Tentu masih ramai yang tak tahu dan pada masa yang sama tak sabar nak tahu. 1688 tu adalah nama website lubuk borong yang paling terbaru, jika anda nak tahu. Cumanya website ini bukanlah website untuk belian oleh orang luar melainkan hanya untuk kegunaan dalaman bagi penduduk China itu sendiri untuk membuat shopping.

Jadi apa guna cerita kat sini kalau orang luar tak boleh beli. Oleh yang demikian pembelian di website ini mestilah kita gunakan strategi yang akan didedahkan kat bawah nanti. Harap bersabar ya! Siapa yang tak sabar nak borong 1688 mestilah guna pendekatan bijak guna third party atau agen. Tiada yang rahsia. Caranya ialah dengan melantik wakil kita di China untuk tolong belikan produk yang dikehendaki. yang menjadi rahsia sulit ialah bagaimana nak cari agen yang boleh dipercayai sebab kita pun tak kenal mereka dan langsung tak pernah jumpa.

DInasihatkan agar anda tak main redah sahaja untuk elakkan kerugian. Rugi satu, penat juga nak follow up kemudian hari mengenangkan modal yang dah terbang. Banyak orang putus asa bila usaha yang dijalankan tidak berbaloi. Hanya dengan kesalahan kecil kadang orang terus serik nak berniaga walhal anda boleh mulakan apa jua apa yang anda nak buat dengan jalankan sedikit kajian. Cegah lebih baik dari mengubati. Belajar dengan orang yang dah pernah buat. Dengan cara ini peratusan untuk berjaya lebih cerah. Ingat nak import barang luar negara ni senang ke. Jangan sampai kena tipu. Mungkin kita banyak duit untuk let go kerugian tersebut tapi masa yang terbuang dan ketidakpastian dalam jual beli akan sebabkan kita akan makan hati. Frust!

Satu lagi masalah borong di 1688 ialah kita pun tak kenal seller. Biar betul seller dalam banyak-banyak mana yang betul dan mana yang tak betul. Salah pilih memang naya, habis hangus usaha kita. Jadi, tolongkah dengar cakap pakar borong. Tak sanggup lagi dah nak dengar pemborong kecilan ni kena tipu.

Kesimpulannya peniaga mesti ambil faedah borong dari 1688.com ni. Rugi betul jika channel yang baik sebegini tidak digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan produk pada harga murah bagi guna sendiri atau pun untuk dijual semula. Produk-produk yang unik ini kita boleh kongsikan dengan pengguna-pengguna di Malaysia agar semua orang boleh mendapat faedah daripadanya. Nak import barang dari China sekarang pun tidaklah sesukar mana. Orang sering terbayang nak borong ni mesti jumpa orang China. Kenalah pergi China naik kapalterbang, tidur hotel sehari dua sebab nak melawat kilang. Bagi yang ada modal silakan sebab itu dah boleh jadi 2 in 1, melancong sambil bisnes. Bagi yang belum mampu tak perlu pening kepala sebab sekarang ni nak borong pakai smartphone pun boleh. Jadi tak perlu risau pasal modal tiket kapalterbang atau modal hotel. Boleh jimat dah. Modal sangat minimum dah boleh buat borong.

Oleh itu sebaiknya copy paste tindakan orang dah buat, dah berjaya, guna agen yang sama, beli dari supplier atau syarikat yang boleh dipercayai sahaja. Pasti anda akan lebih bermotivasi nak borong lepas tu terpulang samada nak pakai sendiri atau pun jual. Nak jual pun ada dikongsikan cara-caranya nak share produk baik dengan orang lain.

Sambil menyelam boleh minum air.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*