Kes buli kadet laut Zulfarhan Osman Zulkarnain UPNM dari sudut psikologi

Kes Buli Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain UPNM Dari Sudut Psikologi

Secara umum bagi aku semua kes buli adalah masalah psikologi yang ada kat pembuli dan bukan yang dibuli.

Senang citer pembuli ni ada unsur gangster. Minda gangster.

Jangan bagi alasan kata nak mendidik dan bagi pengajaran pada yang dibuli.

Even dalam tentera pun jangan samakan dengan latihan komando – itu lain. Jangan nak banding. Yang lulus training komando memang diiktiraf. Yang lulus buli mana ada pengiktirafan? Ianya tidak sah dan boleh dianggap kegiatan HARAM.

Mudah sahaja.

Sebab apa ada ke Nabi Muhammad saw guna cara gangster macam ni dalam berdakwah dan mendidik orang.

Jawapannya takde. Noktah!

Namun unsur-unsur buli ini tetap dibawa dan dipraktikkan contohnya dalam orientasi atau induksi which is aku rasa tak betul.

Buli ujud dalam semua benda – sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah tahfiz, maktab, matriks, universiti, dan institusi lain.

Aku sendiri ada sikit rasa tempias buli masa sekolah rendah dan sekolah menengah.

Memang aku rasa pelik apa sebenarnya yang ada dalam fikiran pembuli.

Secara psikologi memang menarik untuk diungkaikan.

Apa yang aku nampak pembuli ni rasa dia superior dari orang lain.

What is so special about you? Apa yang menjadikan you rasa ada lesen buli orang lain?

Macam bangsa Yahudi yang nampak konon bangsanya mulia dari bangsa lain – macam tu yang aku nampak. Takde orang iktiraf pun. Hanya syok sendiri.

Dan aku memang menyampah dengan orang yang rasa dia spesel ni sebab Allah swt cipta kita ni semua sama.

Kecuali orang yang spesel disisi Allah swt adalah orang yang soleh.

Dan orang yang soleh tidak akan buli orang dan takde sifat gangster.

Lagi satu aku perati orang yang suka buli ini dia takde rasa bersalah. Muka tembok orang kata.

Ibaratnya kalau dia berak dalam seluar dan duduk kat stesen MRT tu dia tak rasa apa-apa dan selamba buat dek. Sampai tahap itu. Walau bau busuk tu orang lain dah bau dah.

Cuba bayang berak cirit duduk kat stesen, MRT datang dia pun masuk tanpa rasa bersalah walhal dia tahu yang MRT tu ekon dan bertutup. Bau berak dia tu tentu akan semerbak ke seluruh MRT tapi dia takde rasa apa pun. Mungkin malah bangga lagi.

Jadi aku rasa yang kes buli kadet laut Zulfarhan Osman Zulkarnain ni pembuli dia sepatutnya bukan setakat di tahan tetapi diberi didikan agama yang betul.

Lagi satu kena buat kerja komuniti tolong orang susah agar dia tahu banyak orang yang memerlukan bantuan dan tenaga mereka agar mereka ini tak sia-siakan tenaga muda untuk buat kerja sia-sia.

Tahu tak kita semua harapan agama dan negara jadi jangan bagi nama busuk mak bapa. Bila besar biarlah berkhidmat untuk agama dan negara.

Semoga ada jalan penyelesaiannya. Amin.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com