Kereta nasional ke-3: Terdesakkah kita?

Pertama sekali nak dinyatakan bahawa artikel ini hanya satu pendapat yang berdasarkan pertimbangan yang praktikal tapi bukan ada kaitan dengan kepentingan politik. Sebarang pandangan balas samada bersetuju atau pun tidak bolehlah di komen di bahagian bawah artikel ini. Keduanya nak ingatkan kita semua bahawa selain Proton, kita ada jenama kereta yang lain seperti Perodua dan Naza. Ketiga-tiga syarikat ini mempunyai pendekatan dan cara yang berbeza tentang bagaimana kualiti kereta yang dikeluarkan untuk pasaran tempatan. Daripada 3 platform sedia ada boleh dilihat tentang bagaimana pencapaian industri kereta nasional boleh pergi tahap kemampuan untuk bertahan lama dihati peminat dalam automatif. Hanya yang mempunyai passion yang padu sahaja mampu memenuhi kehendak pengguna di kalangan rakyat Malaysia.

Paling busuk, kita sudah ada ilmu tentang automotif. Cuma mungkin ada isu dari R n D tentang bagaimana untuk memperbaiki prestasi kualiti kereta yang dihasilkan. Oleh itu, kita tidak sepatutnya lagi dibebani dengan projek kereta nasional ke-3. Lebih baik sewajarnya kita tumpukan fikiran untuk naiktaraf jenama kereta sedia ada.  Jika alasannya kita mahu majukan bidang kejuruteraan, sebaiknya cuba alihkan tumpuan pada bidang kejuteraan dalam pertanian atau perikanan contohnya. Keperluan tidak kurang penting jika dilihat dalam bidang pertanian. Kita ada padi, getah, kelapa sawit dan lain-lain. Sedarkah bahawa petani kita masih banyak guna manual yang mana sangat perlu bergantung kepada penggunaan automasi diladang .

Siapa yang pernah ke Jepun pasti pernah melihat akan teruja bagaimana mesin mini digunakan untuk menanam, membaja, meracun, menuai padi dengan hanya perlu 1 atau 2 orang. Di Jepun, oleh kerana taraf hidup dan kesihatan yang tinggi maka jadinya semakin ramai orang tua yang menikmati umur panjang. Jika dikampung-kampung mereka masih giat usahakan ladang. Oleh itu penciptaan mesin ini secara tak langsung merupakan bantuan sokongan kepada orang-orang tua dalam menjalankan tugasan harian di ladang. Begitu juga dengan kenderaan-kenderaan yang mudah, praktikal dan tidak sangat besar saiznya untuk kegunaan seharian. Kita boleh lihat pick up yang kecil sainya dibuat agar golongan tua dapat kendalikannya dengan elok.

Dalam ladang kelapa sawit juga masih banyak yang kerja dibuat secara manual. Kita tak mahu cerita tentang ladang sawit kompeni besar dimana semuanya cukup. Apa yang menyedihkan ialah ladang bukan milik swasta dimana kaedah pengurusan ladang adalah masih manual walaupun dah beroperasi berdekad-dekad lamanya. Tak ada peningkatan dari segi penggunaan teknologi untuk ladang. Sebab itu kita patut hairan kenapa nak buat juga kereta atas nama untuk tingkatkan keupayaan kejuruteraan. Adalah lebih baik kita salurkan peluang peningkatan keupayaan kejuruteraan kepada bidang yang mendesak.

Dalam bidang perikanan pun lebih kurang sama. Nelayan masih banyak yang menggunakan teknik tradisional yang sederhana. Ini mengakibatkan kerjaya nelayan dipandang rendah. Berbanding nelayan negara disebelah Eropah yang menggunakan teknologi kejuteraan moden. Kejuteraan bukan setakat enjin namun boleh dari  dari segi rekabentuk bot yang sesuai untuk nelayan kecil, sederhana atau besar.

Sesungguhnya amat rugi jika dana yang digunakan ke atas projek-projek ulangan ini seperti projek kereta nasional ketiga ini walaupun yang sepatutnya ia dipakai untuk naiktaraf kejuruteraan dalam bidang yang masih belum dibuat dan diperlukan dalam keadaan mendesak.

Fikiran dan sudut pandang kita masih perlu diluaskan agar keputusan yang hendak dibuat boleh mendatangkan impak yang lebih ketara dan bermakna untuk rakyat jelata. Almaklumlah kereta ni banyak sangat pilihan berbanding mesin pertanian mini untuk kegunaan petani dan nelayan memang susah nak jumpa (semua import).

Banyak lagi yang nak dinyatakan kat sini tapi mata dan otak dah berat sangat dan hampir nak lelap oleh itu jika anda dah membaca dan ada pandangan silalah komen dibawah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shakleebangiasnida.esp.vitc (@shakleebangikedaivitamin) on

About Azam Mohd 667 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan yang 'on and off' menulis tidak tentu masa ikut mood yang terlintas. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk atau servis masing-masing di blog ini. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*