Petua elak kencing tak lawas

Najis jika tak dibendung akan beri mudarat pada pakaian seterusnya sebabkan ibadah kita tidak sah.

Jadi penting tak nak mengawal pundi kencing ni?

Pentinglah kan.

Bagi yang mengalami kencing tak lawas memang terasa bebannya.

Silap-silap timbul was-was.

Ada pelbagai makanan tambahan yang ditawarkan bagi mengatasi kencing tak lawas ni.

Tapi bukan semua orang serasi dengan supplement yang ada atau tak ada modal nak beli.

Suplemen kena makan berterusan kalau tidak kencing tak lawas akan datang semula.

Masalah kencing tak lawas boleh juga diatasi dengan cara fisioterapi.

Sunnah Nabi saw apabila membuang hadas kecil dan hadas besar kita hendaklah duduk mencangkung dengan meletak lutut di celah ketiak.

Perasan tak bilà kita cuba duduk pada posisi itu, secara otomatik otot dibahagian qubul dan dubur kita menegang dan menolak najis keluar habis.

Dengan cara ini sisa najis akàn ditolak keluar.

Berbanding cara buang najis berdiri otot otot longgar dan chance adalah tinggi untuk sisa najis tertinggal dalam pundi najis.

Buang najis ikut sunnah adalah cara yang terbaik sebenarnya.

Tapi sekiranya masih jadi juga kencing tak lawas, bagaimana nak atasinya.

Saya ads petua yang saya sendiri amalkan.

Selalunya saya amal khasnya bila lepas keluar toilet habis tu nak solat pula.

Akan problem la kalau nak ambik wuduk nak solat tapi kencing tak lawas pula.

Petua saya mudah saje.

Doa selepas buang dan bersuci dari najis.

Mohon pada ALLAH swt agar dihalang segala najis yang ingin keluar samada dari qubul atau dubur kerana bagi menjaga kesucian sewaktu kita beribadah kepadaNya.

Doanya,

“Ya Allah, Kau halanglah apa apa najis keluar dari dubur dan duburku agar aku sentiasa dalam keadaan suci bersih yang memudahkan aku untuk beribadat kepadaMu.

Doa ini mengingatkan saya tentang walau betapa hebat atau pakarnya kita, masih kita perlu pada Allah walau untuk sekecilnya hal seperti contoh diatas.

Restu Allah itu sangat penting tak setanding dengan usaha fizikal yang telah kita lakukan.

Selain usaha untuk kencing lawas, doa juga jangan dilupakan.

Saya dah cuba sendiri dan alhamdulillah.

Berkesan pada saya oleh itu anda cubalah pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *