Kenapa saya baru join peluang perniagaan ini pada tahun 2015?

Sebenarnya dah lama cari pasif income ni sebagai peluang perniagaan. Hanya pada tahun 2015 ni je tiba-tiba tergerak hati nak join. Dari dulu dok perati satu demi satu peluang datang dan pergi. Sebab kita perlu fikir at least ada satu income pasif sebagai bekalan masa depan. Kalau ada banyak lagi bagus cumanya kita ni banyak kemahuan tapi kudrat yang kurang ada. Jadi dapat satu peluang dan fokus pada yang satu adalah lebih afdal. Jangan tamak sebab orang tamak selalu rugi.

Masih ingat lagi waktu dulu-dulu peluang pasif income yang pertama saya tahu ialah perniagaan domain dan hosting dengan GDI oleh syarikat luar negara. Mesti ramai yang masih ingat dengan model bisnes ini dulu. Sebenarnya saya dah pun join tapi waktu tu memang innocent betul tak tau apa-apa dan otak marketing pun takde jadi memang tak menjadi. Tapi dengarnya memang ada otai Malaysia yang dah jadi jutawan pun sebab promo yang diaorang buat memang kaw-kaw punya. Dia bagi panduan step-by step dengan video dan blog bagai macammana nak market benda ni sampai pandai. Tak cukup info boleh emel dan sebagainya. Memang patut pun otai ni berjaya. Dia bantu orang, orang bantu dia. Kelemahannya satu je, tak semua orang main blog atau website tapi market online pun dah cukup besar jadi kelemahan tu taklah ketara sangat.

Sekarang ni model terbaru guna simkad dan handphone untuk pasif income. Almaklumlah zaman sekarang ni boleh kata hampir setiap orang ada handphone dan boleh kata setiap masa mesti top up. Kalau tak top up macamana nak bergerak kan. So, kat Malaysia ni mula-mula kita dengar Tone Excel, lepas tu Onexox dan terkini BestMobile. ToneExcel ni Tony Fernandez punya, Onexox dan BestMobile ni orang kita punya. Boleh tahan juga godaannya dan teringin juga nak join. Tapi ToneExcel tu dah lama sangat dan ramai sangat orang dah join so nantilah. Bila Onexox pulak muncul menarikla juga tapi berat nak join sebab susah nak buat market sebab tools dia kurang. Bagi orang yang malas dia nak tools yang mudah, simple dan efektif. Jadi hold dulu.

Tiba-tiba ada BestMobile pulak. Mula-mula skeptikal tapi tergerak nak semak sape owner dia. Then terserempak pulak ada orang marketing kat FB berkenaan BestMobile ni. Tools dia memang sempoi.

Selain itu dia juga ada sistem auto downline. Setiap kali ada limpahan orang yang join dia akan distribute dan share peluang ini dengan orang yang masih belum ada downline. Akan datang diberitahu, sistem follow up pula akan di pasang. Jadinya, semuanya in place jadi kita tak banyak dah perlu berkejar buat promosi beriya. Tugas kita hanya hidengkan pada prospek dan terpulanglah pada mereka untuk join atau tidak. Tiada paksaan atau paksa rela. Dan tak perlu tebal muka merayu agar orang join program ni. Nampak kan.

So, memang kreatif depa ni. Nampak dah kan. Tools macam ni budak sekolah pun boleh buat promo. Boleh juga promo manual tetapi bagi orang yang tak pandai, sibuk, malas dan pelbagai alasan lagi, tools ini memberi ruang dan jalan untk kita terlibat dengan bisnes yang cari orang ini. Modal pun taklah mahal sangat dan handphone adalah satu gajet yang hari-hari pakai. Tak rugi punyalah! Oleh itu thumbs up dan saya join sebagai peluang perniagaan 2015 yang saya rekemen untuk sape-sape join.

Update terkini nampak gaya BestMobile ni macam dah semput pulak sedangkan yang saya dengar Onexox steady je. Banyak feedback kata BestMobile ni dah macam senyap dan mendiamkan diri pulak. So, terpaksalah fikir 2-3 kali timbang balik tawaran nak try Onexox. Sebab apa?

  • Konsisten
  • Tidak melebih-lebih dalam promosi – cool je, slow and steady
  • Plan yang memang tidak membebankan pengguna
  • Terdapat dealer-dealer yang pro-aktif dan ujudkan sistem pemasaran yang efektif. Nak tengok? Klik sini.
  • Yang penting Onexox tidak gelojoh dan sentiasa bertimbangrasa

peluang perniagaan 2015

6 thoughts on “Kenapa saya baru join peluang perniagaan ini pada tahun 2015?”

  1. myrujukan; best kalau dapat yakinkan benefit dia, skrg tak nampak sangat tapi tunggu tahun depan. untung berganda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *