Kenapa orang Islam tak mahu cerita tentang Islam pada orang bukan Islam?

Antara sebabnya ialah malu.

Kedua kerana tak pasti samada orang bukan Islam tu minat betul-betul ke atau hanya nak kondem.

Ketiga kerana ramai orang bukan Islam memandang remeh Islam.

Dan banyak lagi sebab-sebab lain.

Orang Islam selalu menganggap hanya orang bukan Islam yang betul-betul serius nak tahu Islam akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tahu apa itu Islam sebenarnya.

Islam ini ibarat emas yang dilindungi dan ditimbus oleh sebuah gunung yang besar.

Ia adalah agama yang benar namun ramai yang tidak nampak dan jika nak cerita mungkin ramai yang tidak percaya kerana ianya terlindung.

Orang Islam percaya yang emas itu tetap emas walaupun dia belum nampak.

Namun bagi orang bukan Islam, mereka tidak akan percaya sehingga belum nampak dan sesetengahnya pula bila dah nampak dia masih tidak percaya yang itu benar-benar emas.

Itu antara sebab kadangkala ornag Islam tidak bercerita tentang Islam kepada bukan Islam.

Anda minat dengan Islam?

Sila tinggalkan komen jika anda benar-benar nampak kebenaran dalam Islam dan memerlukan penerangan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *