Kenapa kereta tiada pick up

Nak citer pemerhatian dari pengalaman sendiri.

Dah lama perasan tapi kemudian lupa sebab biasa tiap tiap hari naik kereta.

Kemudian jadi lagi baru baru ni secara tiba-tiba bawa kereta semacam berat wlhal kereta tahun 2013.

Macam macam try.

Mula mula cuci injector beli minyak special online.

Ada improvement sikit tapi macam tak berapa nak puas hati.

Seller bagitau injector kotor sebab minyak petrol yang kita guna kualiti rendah.

Disesabkan keadaan ekonomi dan harga minyak yang turun mungkin kilang petrol ni turunkan gred minyak untuk jimatkan kos nak raih keuntungan.

Bila dah tau gitu tukar pula petrol.

Dulu asyik guna minyak kuning sekrarang ni cuba tukar minyak hijau.

So, ada prubahan pick up injin memang terasa.

Bolehlah rasa kelembutan injin tu jika nak banding sebelum ini.

Ada juga try penstabil voltan/penjimat minyak yang boleh cucuk kat pencucuh rokok dalam kereta.

Memang sentiasa standby gajet ni dan boleh pakai bila masa perlu.

Bila pakai gajet ni pun memang ada efek dia so maknanya voltan kereta mungkin kurang stabil la kot.

Nak jadi drama, esoknya bateri kong terpaksa masuk lambat opis.

Nasib baik ada kedai keta buka awal so beli bateri dan pasang sendiri.

Tup tup start injin tekan minyak rasa laju semacam.

Cek cek bateri tarikh expired sepatutnya dah tahun lepas.

Bateri patut pakai setahun je tapi ni dah pakai extra satu tahun lagi.

Dari sini nak bagi tau antara kenapa keta tak smooth atau kereta tak pick up ialah kerana kestabilan voltan dalam kereta.

Jika tak stabil sikit sikit ok lagi tapi kalau sampai tahap bateri menghampiri tahap kong kita boleh rasa kereta kita tak berapa nak pergi dan rasa berat asyik nak tekan minyak lebih baru nak pecut.

Nasib pakai bateri kereta kering dia akan kong juga bila sampai masa tapi kalau pakai bateri basah dan jaga elok mungkin dia tahan lama lebih lama.

Cuma masalahnya ialah walaupun dia tak kong tapi tak semestinya condition dia ok dan ini boleh pengaruhi performance kereta kita.

So jagalah kereta kita elok-elok.

2 thoughts on “Kenapa kereta tiada pick up”

  1. Bateri kering memang macam tu. Bila sampai masa dia kong sendiri, langsung tak boleh start kereta walhal semalam elok je jalan. Kalau nak start payah nak hidup tu antara tanda2 la (kalau dah lama).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *