Kemurungan disebabkan tersalah letak diri sebagai mangsa keadaan

Orang yang mengalami kemurungan sentiasa berada dalam keadaan yang aneh dan seperti merasakan seperti diri tidak mendapat layanan yang sewajarnya seperti orang lain. Walhal orang lain juga ada masalah masing-masing dan perlu cari jalan penyelesaian pada setiap halangan yang mereka hadapi. Maksudnya kita ini semuanya sama. Tetapi tidak bagi orang yang kemurungan. Sentiasa rasa diri menjadi mangsa keadaan. Sentiasa fikir dirinya tidak dilayan secara adil.

Nak tahu kenapa?

Sebab utama adalah kerana kita sendiri yang meletakkan diri kita dalam keadaan yang kita fikir itu. 

Cuba lihat sekeliling. Betapa banyak nikmat dan kemudahan yang kita nikmati tapi kita masih dihurungi oleh bisik-bisik negatif yang membuatkan emosi berasa down.

Dalam sekitaran yang banyak kemudahan kita masih merungut.

Perjalanan hidup itu sentiasa ada pilihan. Allah swt telah aturkan. Sekiranya kita hadapai masalah untuk buat A. Telah disediakan jalan lain boleh ikut alternatif B. Sekiranya B pun tak boleh, ada jalan C pula.

Dan begitulah seterusnya. Sentiasa ada jalan.

Sentiasa ada pilihan. Tiada jalan mati kecuali MATI.

Katakunci kepada kemurungan ialah tukar sudut pandang kepada sesuatu situasi. Mudah bagi kita untuk beritahu please think positive. Namun orang yang mengalami kemurungan tidak ada kebolehan atau tendency untuk beranggapan positif. Tarikan negatif dalam dirinya adalah lebih kuat dari kemahuan untuk berfikir secara yang baik-baik sahaja.

Bak kata pepatah, kata yang baik-baik, fikir yang baik-baik, buat yang baik-baik, maka hidup kita pun in shaa Allah akan baik-baik sahaja.

Bahkan perkara ini memang dinyatakan dalam Al Quran, bila kita syukur Allah swt akan tambah nikmat namun jika kita kufur maka terimalah akan balasannnya.

Syukur ini berkait dengan redha dengan apa yang ada baru kita boleh bersyukur. Orang yang tidak appreciate apa yang ada, dia akan terus merungut tidak cukup itu dan tidak cukup ini. Attitude ini yang negatif bermaksud kufur dan sebabkan hidup akan rasa serabut, hati pun tidak tenang.

Apabila berterusan begini akan timbul stress dan murung, semuanya berkait-kait tidak henti-henti mengundang bala dalam diri sendiri serta sentiasa mencari sebab lain untuk dipersalahkan. Mudah tersentuh dan marah.

Tips yang sebenar adalah semuanya bermula dari lubuk hati yang dalam. Terima, redha, syukur dan tunduklah kepada ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah swt PASTI kehidupan kita akan BERTAMBAH BAIK. Tidak perlu tunduk kepada manusia pun, TUNDUK lah pada Allah swt dengan redha dan syukur, hidup kita PASTI menjadi baik.

Itu janji Allah swt dan Dia tidak pernah memungkiri janji. Cumanya adakah kita benar-benar beriman dan percaya dengan janji Allah swt. Hanya dengan percaya bulat-bulat dengan janji Allah swt baharulah kita boleh ikhlaskan diri tunduk padaNya tanpa ragu-ragu walau sekecil zarah sekalipun.

Ada brani?

Tepuk dada dan tanyalah iman.

About Azam Mohd

Penulis merupakan blogger sambilan menulis tips untuk memberi motivasi diri kepada para pengunjung supaya dapat merasa erti hidup dari yang biasa-biasa kepada yang luarbiasa. Bangkitlah dari dalam diri untuk bertindak mencapai impianmu menjadi orang yang memberi manfaat buat ummah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *