Nak tahu bagaimana cara jual produk secara online?

Jual produk online ikut cara saya?

Ikuti sahaja langkah demi langkah dibawah ini bagi mereka yang belum ada idea bagaimana nak mulakan jualan:

1. Sudah tentu anda telah ada akaun Facebook masing-masing. Buat fan page dan namakan ia dengan produk anda. Tak tahu nak buat fan page? Fan page ni macam Facebook dia percuma je. Belum ada produk? Dapatkan idea produk untuk dijual disini.

2. Upload gambar-gambar produk atau info berkenaan produk anda ke fan page agar ianya nampak terisi dengan maklumat yang berguna dan boleh mendatangkan minat pada orang yang melawat fan page anda.

3. Bagi memulakan bisnes anda dapatkan beberapa ‘like’ dahulu tapi jika mampu dapatkan ‘like’ yang berterusan secara auto. Cara mudah ialah dengan meminta kawan-kawan anda untuk ‘like’. Namun ia sesuai bagi mereka yang rajin dan tak malu nak minta orang ‘like’. Ada cara lain yang anda boleh dapatkan ‘like’ tanpa paksaan dan ianya targeted (rujuk no. 4).

4. Buat satu post berkenaan produk anda samada gambar atau info di blog anda kemudian letakkan link fanpage anda di situ. Mereka yang berminat dengan produk anda mesti akan klik ‘like’ walaupun tidak membeli. Pembeli tidak semestinya datang dari orang yang ‘like’ kadangkala kawan-kawan mereka yang beli. Anda tidak ada blog? Bina blog anda sendiri disini. Atau anda boleh tulis artikel berkenaan produk anda dan minta publish di blog orang lain sebagai guest blogger. Boleh hubungi saya jika anda minat nak post artikel produk di blog saya.

5. Bagaimana nak menambah ‘like’ fan page anda? Anda akan ada dua sumber ‘like’. Satu sumber ‘like’ dari blog tadi dan satu sumber lagi adalah dari facebook sendiri. Bila anda keep posting new updates pada fan page semakin ramai akan ‘like’ fan page anda. Perkara  ini akan berlaku secara berterusan secara auto.

Begitu mudah untuk menjual produk secara online. Anda mestilah decide terlebih dahulu produk apa yang ingin dijual dan kemudian bolehlah fikirkan langkah seterusnya selepas itu.

Namun sekiranya anda buntu bolehlah dapatkan tutorial dari saya dengan klik banner dibawah.

Cara jual produk online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *