Jual diri untuk tambah pendapatan

Ops! Jangan fikir bukan-bukan ya…

Jual diri yang saya maksudkan disini ialah, menjual kemahiran yang ada pada diri kita!

Itulah sebenarnya cara yang paling pantas dan mudah untuk kita menambah pendapatan!

Caranya adalah… dengan melihat dan mengenalpasti..

“Apakah kemahiran yang ada pada dri kita?”

Kemudian, tawarkan kemahiran itu sebagai satu perkhidmatan kepada orang lain.

Mungkin kita pandai memasak ke? pandai menjahit? pandai ambil gambar?

atau..

pandai bahasa inggeris & pandai mengaji? ..boleh buat kelas tuisyen di rumah secara one by one.

Tak tahu anda pandai apa?

Jika begitu.. cuba tanya pasangan anda atau kawan-kawan di sekeliling…

Kadang-kadang, kita memang tak perasan diri kita ni pandai apa..

Tapi pasangan/ kawan-kawan kita “nampak” yang kita ni pandai buat sesuatu!

Contohnya.. kita rasa.. kita masak biasa-biasa je..

Tapi kawan-kawan/pasangan yang pernah makan masakan atau kuih yang kita buat, rasa sedap sangat!

Tak jumpa di tempat lain!

Memang selalu macam tu… kita rasa, kita ni hanya biasa-biasa je bila buat sesuatu.

Tapi bagi orang lain, kita sebenarnya luar biasa!

Jadi, cuba cari dan tanya kawan-kawan sekeliling tu..

Apakah yang mereka rasa anda “handal” buat?

Jangan pandang rendah dengan diri anda… diri anda pasti ada satu kelebihan.

Paling-paling kurang pun… anda mungkin rajin lipat kain!

Hah! Lipat kain….

Jangan tak percaya, ramai orang yang malas/ tak sempat nak lipat kain!

Hinggakan, ada orang yang menawarkan perkhidmatan melipat kain!

1kg kain, upahnya RM2.

Itupun boleh jadi! Sampai tak cukup tangan dia terima order.. ramai sangat orang hantar kain kepada dia!

Boleh ya?

Itu sahaja untuk tips kali ini!

Sekian dulu untuk kali ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *