Buat income jual air

Mungkin ramai yang pandang rendah pada orang yang jual air.

Mungkin itu pandangan anda sebab anda sendiri tak berani nak bancuh air untuk jual di tepi jalan.

Orang yang tahu menghargai usaha mencari duit yang halal pasti tahu dan faham mengapa ada orang yang sanggup jual air di tepi jalan.

Bagi manusia yang terdesak dia tentu amat faham usaha empat kerat tebalkan muka bancuh air milo untuk dijual di tepi jalan.

Saya masih ingat sewaktu habis sekolah dulu pernah cuba mulakan hidup di bandar dengan menjadi cleaner sapu sampah di ofis dan juga cuci toilet.

Bila ada rasa gigih yang tinggi untuk cuba survive dengan apa jua pendapatan kita akan menjadi kurang berkira dan cuba buat apa saja yang boleh beri pendapatan.

Cuma pada masa itu saya tidak pernah terfikir untuk berniaga sendiri dan asyik ingatkan bahawa sekuriti itu hanyalah dengan makan gaji.

Nak kerja sementara pun fikir dengan makan gaji.

Bila fikir kembali jika kita mulakan berjinak-jinak dengan berniaga dari awal adalah lebih baik

Jual air tepi jalan.

Jual air depan rumah.

Jual air kat pasar malam.

Jual air tepi masjid.

Bagi yang gila berniaga jual air ni memang idea sempoi.

Bukan apa, beli buah atau jus, bancuh dengan air dan gula dah siap boleh jual.

Air ni semua orang nak minum boleh saje jual kat mana pun.

Yang penting cekal dan yakin orang dahaga pasti nak minum air kita dan bayangkan orang sanggup bayar untuk hilangkan haus.

Bagi yang mahu bantu orang lain hilangkan haus dan pada masa yang sama nak tambah pendapatan dengan model bisnes yang mudah, jual air adalah antara jalan penyelesaiannya,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *