Jom Melaka alang-alang cuti sekolah ni

Empat malam kat Melaka …huh!

Belum pernah dibuat sebelum ni. Mungkin rezeki Allah nak beri.

Alhamdulillah syukur dapat bawa family jalan-jalan.

Dulu ada juga pernah ke A Famosa Resort. Tempat ni yang bestnya dia one stop center. Semua ada.

Water park – yang ni anak-anak paling suke sekali. Berendam.

Safari – wow, naik bas pusing keliling tengok singa, rimau bagai.

Malam ada pertunjukan – koboi, red indian main sembur api, gajah tunjuk talent etc dan etc dia campur-campur showmanship.

So, kali ni nak terasa hidup sikit masuk bandar Melaka.

Rupanya agak sesak juga tapi jika dah familiar dengan jalan ok je.

Kalau bosan dengan jem bandar terus je shoot ke Pantai Klebang. Kat sini aman takde orang kacau.

Makan rojak Melaka tepi pantai. ..amacam? Nak tak.

Pantai Klebang rupanya pantai tambak dan ada macam lagoon kat situ so ombak memang tak kuat. Ramai yang main layang-layang sambil ditiup angin sepoi-sepoi. Anak-anak buka kasut dan main pasir pantai kat sini.

Memang syok.

Nak rasa kenyamanan dalam bandar saya cadangkan jom buat Melaka River Cruise.

Kat sini kita boleh mengimbas atau bayangkan keadaan silam dan hargai sejarah Melaka.

Naik bot tak mahal. Perjalanan agak lama dan melintasi tempat-tempat yang agak penting. Memang berbaloi.

Duduk je tengok pemandangan. Dalam perjalanan bot balik akan ada narration penerangan berkenaan setiap tempat di pinggir sungai.

Oh! baru teringat. Sebelum naik bot akan ada orang tangkap gambar. Teringat macam masa kat A Famosa juga. Gambar ni akan di print dan mereka akan pujuk anda beli selepas kita habis tour nanti.

Jangan tak beli. Mungkin perlukan bajet lebih tapi itulah kenangan yang nak bawa balik tunjuk kat anak-anak bila mereka dah besar nanti.

Ok. Balik ke sungai. Satu tempat di tepi sungai yang saya tak boleh lupa dipanggil Kampung Morten. Nama pun nama omputeh.

Sebabnya Morten ni kumpul semua nakhoda kapal pengangkut dalam satu kampung. Dulu mula-mula sungai Melaka tu dalam jadi kapal besar boleh terus berlabuh.

Kemudian makin lama makin cetek jadi kapal boleh sampai ke pesisir yang agak jauh dari pelabuhan jadi kapal pengangkut ni lah yang akan transfer barang dagangan dari kapal besar ke pelabuhan.

Jadi pemilik kapal pengangkut ini semuanya tinggal di Kampung Morten sampailah ke hari ni anak cucu keturunan mereka tetap tinggal di sini. Bentuk-bentuk rumah asal dikekalkan dan kampung ini dah jadi macam kampung tradisional.

Tidak dibangunkan malah kerajaan Negeri Melaka beri bajet untuk baikpulih rumah-rumah asal ini agar ia kekal sebagai sebuah MUZIUM HIDUP.

Itulah dia. Itu baru sikit je.

Banyak lagi tempat lain yang menarik dan banyak cerita lain di sebaliknya.

Dengar cerita dengan pergi sendiri ke tempat tu adalah satu perkara berbeza.

Apalagi?

Jom Melaka!

Hari tu saya dok kat Hallmark Crown Hotel. Survey dan booking online guna Booking.com je. Memang konvinien sangat.

Dah survey2 hotel kat Melaka ke?

Klik sini jika belum —> Survey hotel yang selesa dengan harga diskaun di Melaka

booking hotel online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *