Jimat duit dengan semak semula bayaran bulanan

Ya! Ini adalah langkah pertama dan merupakan langkah yang PALING PANTAS untuk anda perbaiki kedudukan kewangan anda secara SERTA-MERTA!

Anda buat tips ini pada bulan ini!

In shaa Allah… confirm.. kedudukan kewangan anda akan terus bertambah baik pada bulan depan!

Baiklah!

Sekarang luangkan masa 5 minit.
Ambil sekeping kertas dan sebatang pen.
Kemudian….

Tulis dan senaraikan semua perkara yang anda perlu bayar setiap bulan beserta jumlahnya.

Contohnya…

Sewa / Hutang rumah…… RM XXX
Hutang Kereta …. RM XXX
Hutang Motorsikal…… RM XXX
Hutang Kad Kredit …… RM XXX
Hutang PTPTN……. RM XXX
Hutang Personal Loan…… RM XXX
Caruman ASBLoan……RMXXX
Hutang Court Mammoth/Senheng…… RM XXX
Bil Air…… RM XXX
Bil Elektrik…… RM XXX
Bil Telefon…… RM XXX
Bil Internet/Unifi…… RM XXX
Bil Astro…… RM XXX
Bil Penapis Air (coway/cuckoo)…… RM XXX
Yuran Sekolah Anak…… RM XXX
Yuran Gym…… RM XXX
Yuran Van Sekolah…… RM XXX
Yuran Keselamatan Taman/Apartment…… RM XXX
Yuran Taska / Yuran Pengasuh…… RMXXX
Caruman Takaful/Insuran…… RM XXX
Caruman Medical Card…… RM XXX
Langganan iflix/netflix…… RM XXX
Duit ibu/bapa…… RM XXX
Nafkah Isteri…… RM XXX
Belanja sekolah anak-anak…… RM XXX
Kad Touch N Go…… RM XXX
Kad Akses Parking Bulanan…… RM XXX

Ambil sedikit masa…. fikir dan ingat semula semua bayaran anda bayar pada setiap bulan. Senaraikan seeeeeeeeeemmmmuaaanya!

Sedar atau tidak…
Anda mungkin akan terkejut tentang perkara-perakara perlu anda bayar pada setiap bulan. Banyak rupanya! Patutlah anda asyik tak cukup duit je setiap hujung bulan!

Ok!… setelah anda sudah senaraikan semuanya….
Sekarang.. anda perlu lihat semula setiap perkara tersebut.

Anda perlu luangkan lagi sedikit masa untuk menilai setiap perkara yang anda bayar tersebut.

Anda perlu BUAT PENILAIAN SEMULA!

Adakah bayaran tersebut…. BOLEH DIHENTIKAN atau DIKURANGKAN?

Contohnya…..

Bil Astro…. bolehkah ianya dibatalkan? atau dikurangkan (tukar pakej basic) atau diubah kepada pilihan yang lebih murah seperti NJOI / HyppTV ?

Saya dulu pun pernah pasang Astro juga.. tapi kemudian, saya ambil keputusan untuk potong dan hentikan terus langganan saya… hasilnya saya dapat jimat RM80 sebulan.

Mula-mula tu, kasihan juga pada anak-anak sebab mereka tak dapat tengok cerita kartun lagi!
Tapi.. kesedihan itu cuma 1 minggu sahaja…
Lepastu… mereka ok je!!
Langsung tak tengok tv dah sekarang!
Lebih banyak baca buku dan buat aktiviti yang lebih sihat dan berfaedah.. 🙂

Bil telefon.. bolehkah ianya dikurangkan? atau ditukar kepada pakej telco lain yang lebih murah?
Pengalaman saya.. dahulu saya gunakan telco MAXIS…. sebulan bayar RM90-RM120, saya bayar je setiap bulan sebab dah lama pakai dan sudah rasa selesa.
Jadi, malas dah nak tengok pakej-pakej promosi dari telco lain.

Tapi kemudian, pada satu hari… saya telah luangkan masa sehari, untuk lihat pakej-pakej telefon dari telco lain dan mula membuat perbandingan. Saya cari dan pilih-pilih pakej yang sesuai dengan cara penggunaan saya.

Saya jarang sangat buat panggilan telefon, begitu juga SMS.
Tentang data? juga amat kurang guna kerana saya sentiasa guna wifi.

Setelah buat perbandingan pakej-pakej tersebut dan lihat cara penggunaan saya..
Barulah saya tersedar, ruapa-rupanya saya sudah terlebih bayar selama ini.

Akhirnya, saya tukar ke telco lain, tetapi masih mengekalkan nombor yang sama.
Di telco baru (REDONE), saya hanya bayar RM16 sahaja setiap sebulan!
Besar gilerrr perbezaannya! Banyak duit yang saya dapat jimatkan!

Itu baru 2 perkara sahaja saya batalkan dan ubah!
Ianya sudah pun memberikan penjimatan hampir RM200 kepada saya setiap bulan.

Banyak lagi perkara yang saya UBAH DAN BATALKAN!
Hinggalah kepada langkah yang besar & drastik seperti membuat refinance loan rumah & kereta!

Tapi untuk langkah permulaan ini…
Kita semak dan ubah dulu perkara-perkara kecil.

Dengan hanya menyemak semula apakah yang Az bayar pada setiap bulan.
Saya jamin, banyak wang yang boleh anda jimatkan pada setiap bulan!

Boleh?

Saya harap anda dapat lakukan terus tips ini sekarang!
Ianya tidak lama.. hanya ambil masa dalam 30 minit sahaja untuk dilakukan.

Sekian.. Selamat mencuba!

In shaa Allah kita jumpa lagi di Tips Jimat Duit Anda dalam post yang seterusnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *