Jimat dengan survey harga barang murah

Saya pasti, anda mungkin sudah biasa buat perkara ini, apabila ingin membeli sesuatu barang, terutama barang yang agak mahal seperti smartphone, tv, peti ais dan sebagainya..

Kita akan cuba survey harga dulu.

Kalau dulu-dulu, memang agak leceh nak buat survey ni, terpaksa luang masa dan tenaga untuk pergi dari satu kedai ke kedai yang lain.

Teringat pengalaman saya 5 tahun lepas, masa tu saya nak beli peti ais.

Jadi, saya dan isteri ambil masa 1 hari di hujung minggu untuk pergi dari satu kedai ke satu kedai yang lain.

Pada mulanya, nak buat survey dahulu.

Tapi bila sampai kedai yang ketiga.. terus je beli..

Tak larat dah nak pilih dan banding harga!
Terlalu banyak model, saiz dan harga. Pening!
Jadi.. beli jerlah apa-apa model pun asalkan kena dengan bajet.

Itu cerita 5 tahun lepas, tapi sekarang, dah mudah!

Sekarang bila nak buat survey, semuanya dah boleh di buat secara online sahaja!

Buka sahaja website lazada, lelong, shopee dan mudah.my

Search sahaja nama barang yang kita nak beli…
Berlambak result keluar.

Dari situ kita boleh pilih dah buat perbandingan tentang harga produk.

Malah kita boleh beli terus dari website tersebut.

Saya rasa, anda pun dah biasa buat perkara ini.

Cuma dalam tips ini, saya nak share satu website yang memudahkan anda buat survey.

Website tersebut ialah… www.iprice.my

 

Dalam website ini, anda boleh taip sesuatu nama produk, lagi bagus, taipkan terus nama model barang yang kita nak beli tu.

Apa yang bestnya, web ini akan senaraikan harga jualan produk tersebut dari semua web e-commerce yang boleh di akses dan beli oleh rakyat malaysia seperti lazada, shopee, aliexpress, youbeli, harvey norman dan banyak lagi website.

Kira-kiranya, web ni macam web trivago la.. tapi trivago tu untuk hotel je..yang web iprice ni untuk semua benda.

Itu sahaja untuk tips kali ini!

Saya harap anda dapat try guna website tu apabila membuat survey untuk membeli sesuatu barang nanti!

In shaa Allah kita bertemu lagi di tips jimat yang seterusnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *