Jenis-jenis ayat promosi: ayat iklan


Ada masa-masa tertentu pasti kita akan terasa buntu apabila nak buat promosi.

Pening jugalah masa semangat nak buat promosi tiba-tiba blur tak tau nak tulis apa. Ini perkara biasa. Janganlah risau kerana saya akan beri sedikit idea bagaimana cara nak mengatasi perkara ini.

Sebenarnya ada banyak cara nak tulis ayat promosi dan pelbagai teori dan kaedah tapi bagi nak mengelakkan kita pening kepala saya cuma nak kategorikan 2 kaedah sahaja:

1. Ayat promosi berbentuk iklan

2. Ayat promosi berbentuk sharing, penceritaan, testimoni

Jadi kalau ada dua kaedah sahaja maka senang kita nak fokus nanti banyak sangat input kita jadi overloaded dan akhirnya pening semula dan tak tahu nak mula di mana. Memang naya!

Ayat promosi berbentuk iklan

Namanya pun dah iklan so dia agak direct tetapi saya cadangkan agar jangan buat hardselling. Maksudnya elakkan dari mengatakan saya nak jual ini, saya nak jual itu dan sebagainya. Jika nak buat ayat promosi cara ini saya syorkan agar kita buat struktur yang teratur, contohnya ada headline atau tajuk yang ditujukan kepada golongan sasaran, content atau kandungan iklan dan di bawah sekali adalah call to action atau tindakan yang perlu di buat oleh prospek atau bakal pelanggan.

Headline atau tajuk yang kita nak tulis mestilah membangkitkan perasaan ingin tahu oleh prospek. Selalunya tajuk ini kita tulis dalam bentuk persoalan kepada prospek dan bagi menarik golongan sasaran kita letakkan persoalan yang menyentuh tentang masalah yang sedang dialami oleh prospek.  Tentunya mereka sedang mencari-cari penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi. Jadi apabila melihat kepada headline ini pasti hati mereka akan tertarik.

 

Contoh:

“Rasa rendah diri jerawat penuh di muka?” – produk sabun cegah jerawat

“Muka kusam tak ceria sebabkan anda malas ke pejabat?” – produk krim pencerah kulit

“Risau kena gigit nyamuk aedes?” – produk kelambu

So, begitulah contohnya di harap anda boleh buat untuk produk anda sendiri. Copy dan modify je. Mudah kan.

 

Langkah seterusnya buat ayat promosi untuk kandungan atau content. Kandungan iklan kita letakkan bagaimana masalah yang di sebut dalam tajuk iklan boleh di atasi. Untuk nampak lebih meyakinkan nyatakan juga berapa lama masalah tersebut boleh diatasi bermula dari ia di gunakan.

 

Contoh:

“Kini anda tidak lagi perlu merasa rendah diri.

Sabun ABC akan menghapuskan jerawat anda dalam masa 3 hari sahaja.

Semudah sapu dan gosok-gosok kemudian bilas.”

Macam mana? Boleh kan.

 

Akhir sekali di bahagian bawah iklan kita letakkan arahan bagaimana prospek boleh menempah produk yang kita promosikan tadi.

 

Contoh:

“Berminat nak kembalikan rasa keyakinan diri?

SMS 01X-2654XXX

 

Kita perlu membuat ayat promosi yang sama untuk produk yang sama dengan pelbagai versi sebab kita perlu uji keberkesanan ayat promosi yang mana satu yang akan menarik perhatian lebih ramai prospek. Kesilapan kita adalah kita sering menganggap ayat promosi yang kita buat adalah yang terbaik namun sebenarnya kita mampu hasilkan yang lebih baik. Jadi jangan berhenti dari terus menulis atau mengarang ayat promosi. Buat dalam pelbagai versi dan kumpulkan, uji yang mana satu paling berkesan.

Rasanya dah banyak yang saya kongsikan nanti ada yang info overloaded pula.

Masih buntu nak buat iklan?

panduan buat iklan

Have any Question or Comment?

2 comments on “Jenis-jenis ayat promosi: ayat iklan

Norahela

Sangat menarik..bertambah ilmu

Azam Mohd

noraleha; bertambah ilmu kita akan lebih maju hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FREE Download!

Nak RAHSIA Berniaga di FB?
>>KLIK SINI!<<

Sadaqah tanda syukur

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com