Jemput rezeki dalam perniagaan melalui jalan ibadah

Selalunya kita akan berfikir keuntungan datang setimpal dengan usaha. Ini kerana persepsi umum mengetakan usaha usaha dan usaha maka anda pasti berjaya. Apatah lagi kalau kita lihat dimana-mana termasuk suratkhabar, media, tv selalu menunjukkan kejayaan seseorang dikaitkan dengan usaha dan penat lelah semata-mata. Tambahan pula kita akan membandingkan kejayaan orang bukan Islam dan Islam secara terus. Dari kacamata umum, orang bukan Islam lebih ramai yang menjadi jutawan dari orang Islam. Sementara kejayaan orang Islam pula ditonjolkan dari segi kebendaan semata-mata dan sisi spiritualnya langsung tidak diambil kira. Bagi saya ini merupakan satu kesilapan besar kerana ia melibatkan keberkatan.

Idola yang patut dijadikan contoh adalah figura seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau adalah antara jutawan Muslim yang mengamalkan ciri ciri spiritual dalam berniaga dengan cara sedekah sepertimana pesan dari ibunya yang selalu mengingatkan beliau setiap kali keuntungan masuk dalam akaun dan agar tidak lupa kepada mereka yang susah.

Oleh itu, keberkatan rezeki, ketenangan fikiran, kelapangan jiwa sepatutnya menjadi target utama kita sebagai orang Islam dalam mencari rezeki. Allah Maha Kaya dan Dia Maha MengKayakan siapa yang Dia Kehendaki. Kunci rezeki adalah pada Allah. Maka timbul persoalan, usaha yang paling utama atau ibadah yang paling utama? Usaha kuat rezeki banyak, hati tak tenang maksudnya tiada keberkatan. Ibadah didahulukan, jiwa lapang jika rezeki sedikit pun in shaa Allah kita pasti redha. Allah telah menjamin rezeki kita – sekiranya sedikit yang kita dapat bermakna rezeki itu sudah cukup cukup buat kita untuk masa itu bagi menampung sara hidup kita.

Namun sekiranya rezeki kita tertahan – terasa susahnya sangat nak dapat rezeki maksudnya terdapat dosa atau mungkin kita belum cukup syarat yang boleh menghalang laluannya untuk sampai kepada kita. Caranya ialah membersihkan diri kita terlebih dahulu dengan ibadah dan pastikan kita istiqamah dengannya.

Contoh persoalan yang paling senang yang anda boleh tanya pada diri ialah selain zakat fitrah, adakah anda dah selesaikan zakat pendapatan atau zakat perniagaan? Jika belum perlulah anda bersihkan harta anda dengan berzakat. Atau adakah anda prihatin dengan saudara kita yang mempertahankan Baitul Maqdis, saudara kita yang ditindas di Syria, Rohingya dan lain-lain tempat. Sudahkah kita bersedekah kepada mereka untuk menegakkan agama Allah di mukabumi ini.

Surah At-Talak ayat 7,

“Dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar mampu). Allah tidak memberatkan seseorang melainkan sekadar kemampuan yang diberikan Allah kepadanya. Orang-orang yang disempitkan hidupnya, ingatlah bahawa Allah akan memberi kesenangan selepas berlakunya kesusahan.”

Dan banyak lagi persoalan yang perlu anda tanya diri sebelum mengeluh mengapa rezeki sukar sampai kepada anda.

Anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana  menyemak satu per satu syarat untuk menjemput rezeki?

murah rezeki

Bersyukurlah, Rezeki Allah Sudah Tentukan ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Video murah rezeki

Bersyukurlah, Rezeki Allah Sudah Tentukan - http://affiliatesecretfornewbie.com/rezeki-melimpah/

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza

Kredit:
Nasyid Latar: Mohammed al Omary - Enti Malak
Majlis Ta'lim Darul Murtadza: http://fb.com/DarulMurtadza
Tempat: Masjid Mu'adz Bin Jabal, Setiawangsa
Grafik: http://m-e-s-h-o.deviantart.com/art/Ramadhan-251416352

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *