Jangan membazir dengan belanja tanpa sedar

Tahu tak anda boleh jimat duit dengan “Hari tanpa duit?” Hah! macam mana tu?

Begini caranya….
Jika anda sedar… boleh dikatakan, hampir setiap hari.. anda akan keluarkan duit!

Perasan tak?
Dari pagi mula keluar rumah, beli sarapan, beli suratkhabar, kemudian bayar tol, isi minyak, makan tengahari, bayar parking, balik nanti bayar tol lagi, kemudian singgah gerai tepi jalan beli goreng pisang atau kuih-muih, kemudian malam lepak kedai mamak lagi dan sebagainya.

Boleh dikatakan.. setiap hari.. hampir setiap hari kita akan keluarkan duit dari poket kita..!

Jadi, untuk tips no 2 ini… saya ingin mencabar anda.

Dalam tempoh seminggu… anda pilih 1 hari!
Pilih 1 hari sahaja…

Dimana, pada hari tersebut.. anda perlu tahan diri dan berjanji takkan keluarkan duit 1 sen pun dari poket atau dompet anda!

Boleh?

Rasa macam mustahil ke?

Jika rasa mustahil… mungkin anda boleh mulakan dulu dengan hari Ahad!
iaitu hari cuti.

Pada hari tersebut, walau apa pun terjadi, cuba untuk tidak keluarkan sebarang duit dari dompet/poket. Pendek kata, hari itu, adalah hari tanpa duit!

Jika ada buat apa-apa aktiviti, cuba buat aktiviti yang tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang duit.

Pada mulanya memang terasa agak sukar…
Saya sendiri… masa mula-mula buat “hari tanpa duit” pun, memang terasa sukar.
Tapi, bila saya dah berjaya lalui hari tersebut tanpa mengeluarkan sesen pun!
Dia punya rasa seronok dan teruja itu lain macam.

Mula-mula saya buat 1 hari dalam seminggu…
Kemudian saya upgrade jadi 2 hari seminggu tanpa duit…
Kemudan, naik lagi.. 3 hari tanpa duit dalam tempoh seminggu!

Jika dulu, dalam dompet saya, biasanya saya peruntukkan RM200 untuk kegunaan seminggu.

Tapi bila saya amalkan tips “hari tanpa duit”, saya hanya masukkan RM50 sahaja duit dalam dompet untuk kegunaan seminggu!

Salah satu faktor kita sering tidak cukup duit sebenarnya adalah disebabkan tabiat kita yang suka berbelanja tanpa kita sedar.

Beli goreng pisang RM5.
Beli air di petronas RM3.
Beli jajan anak RM2.

Kadang-kadang tu, takde sebab pun kita perlu beli sesuatu barang tu.. tapi sebab ada duit dalam dompet dan rasa haritu takde beli apa-apa lagi.. maka kita pun beli sahaja apa-apa, mula-mula ingat nak beli jajan untuk anak-anak RM4-5 ringgit, tapi kemudian terbeli sampai RM30.

Benda-benda kecil inilah sebenarnya yang men”ghaib”kan duit kita tanpa kita sedar.
Ia hilang sikit.. sikit….
Tapi bila dikumpulkan dan dikira.. jumlahnya agak besar juga sebenarnya.

Oleh itu, bila kita amalkan hari tanpa duit, maka ianya akan serba sedikit dapat menyedarkan kita tentang perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu tersebut.

Apabila mahu keluarkan duit sahaja… kita akan teringat!
Oh! hari ini hari tanpa duit! Tak boleh beli!

Cubalah! Dan rasai sendiri keajaibannya.

Baiklah!, itulah sahaja tips jimat untuk kali ini.
Jangan lupa untuk amalkan tau!

In shaa Allah kita bertemu lagi di tips yang seterusnya dalam post yang akan datang!

2 thoughts on “Jangan membazir dengan belanja tanpa sedar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *