Jaga-jaga perangkap agen

Kita biasa lihat booth jual pelbagai produk di pasaraya.

Melainkan jika anda benar-benar perlu barang tersebut lebih baik jangan dekat.

Baru-baru ini saya ada dengar isu agen di Radio IKIM.

Tiada masalah dengan jual beli barang.

Berniaga memang dituntut dalam Islam kerana untuk tingkatkan ekonomi dan bantu orang yang memerlukan barang atau produk.

Namun yang jadi masalahnya ialah manipulasi oleh agen.

Agen tak jujur.

Agen menipu.

Syarikat pembekal produk tidak tipu.

Produk atau servis ialah jenama ternama.

Reputasi jenama inilah yang dah tercalar sebab manipulasi agen.

Jadi berhati-hatilah dengan agen.

Contoh yang jelas ialah berkenaan pembayaran instalment secara cash kepada agen.

Ini contoh klasik.

Bayar cash pada agen tapi bila cek status pembayaran dengan syarikat akaun tak ujud.

Syarikat tak tipu.

Agen yang tipu.

Minah melanggan insuran Etiqa Takaful.

Dia dulu jumpa agen.

Agen bagitau dia nak mudahkan Minah tolong Minah gitu.

Boleh bayar cash pada agen dan agen akan setelkan semua.

Minah boleh goyang kaki.

Bila dah setahun Minah nak claim insuran agen suruh pergi direct pejabat urusan insuran.

Tanya punya tanya Etiqa bagitau Minah tak ada pun akaun insuran dengan mereka.

Baru Minah sedar agen tipu dia.

Kesilapan Minah ialah bayar cash pada agen takde bukti pembayaran takde resit.

Agen terus lesap bila dah tahu Minah dah sedar kena tipu.

Agen yang jujur akan beritahu Minah perlu bayar direct ke akaun company.

Mana-mana agen yang suruh bayar ke akaun peribadi itu sah tak betul.

Itu contoh agen menipu dengan cara jelas dan terang.

Ada juga kes agen menipu dengan cara halus.

Macam hipnosis pun ada.

Teknik ini boleh buatkan pembeli mula-mula terpengaruh kemudian terperangkap.

Agen sebegini selalunya mahir dengan teknik persuasion.

Teknik-teknik yang menggunakan psikologi boleh membuatkan orang membeli walaupun dia tak perlukan barang itu.

Mula-mula ingat nak tanya tanya surver-survey last last terbeli.

Agen selalunya sudah ada soalan-soalan yang tersusun untuk memerangkap pembeli.

Contoh halus ialah pembeli tidak diberi pilihan ya atau tidak.

Pilihan yang diberi adalah ya atau ya.

Tak boleh jawab tidak.

Pilihan ya yang dimaksudkan ialah ya nak beli satu harga biasa atau ya nak beli lebih dari satu dengan harga yang berpatutan.

Tiada pihan tak nak beli atau NO.

Jawapan yang akan diberi adalah samada beli satu atau beli lebih dari satu untuk harga murah.

Semasa urusan nego ini semuanya akan berjalan pantas.

Soalan-soalan yang diberikan memang dah set untuk perangkap pembeli.

Target utama agen nak keuntungan.

Walhal agen sepatutnya sedar pembekalan produk mestilah untuk orang yang benar-benar memerlukan dan bukan semata-mata nak kejar komisen dan menang pertandingan siapa dapat komisen paling banyak antara agen.

Dalam Islam juga ada etika dalam perniagaan.

Semata-mata nak kejar komisen bukanlah matlamat utama.

Sebagai manusia dan khalifah di bumi Allah swt sedarlah setiap aktiviti yang kita lakukan niat utama adalah untuk mempermudahkan urusan orang lain dan bukan untuk menyusahkannya pula.

Semoga Allah membalas budi baik agen yang ikhlas dan jujur dalam menjalankan perniagaan serta mendatangkan pahala yang besar juga sebagai bekalan untuk hari akhirat kelak.

4 thoughts on “Jaga-jaga perangkap agen”

  1. Macam-macam kes tipu sekarang ni, kadang- kadang kita pun tak sedar dah kena tipu. Macam kes tipu peniaga durian tipu penimbang tu. Adoiii!!! sampainya hati depa borak sikit punya mesra dalam mesra-mesra tu dia kenakan kita.

  2. Mrs. A, kena la lebih berhati-hati lepas ni dan harap kita tak tipu orang lain pula secara tak sedar.

  3. Nasihat saya senang je, tak payah ambik insuran, kebanyakkan menipu, belum dapat bukan main, ayat manis, ayat jiwang, dah dapat. BIla nak claim balik, tak de. Rupanya insuran yang diambil ada banyak termanya. Kita kena baca betul-betul, faham betul-betul baru ambik.
    Ada member, bila sakit masuk hospital terpaksa guna duit sendiri, Kenapa? rupanya kat insuran ada cover beberapa je jenis penyakit, kalau penyakit tak dapat detect jenisnya dia tak cover tak pasal, kena keluar duit sendiri.
    Pada saya, elok kita buat tabungan sendiri, kenapa, sah-sah kita ada duit utk cover bila kecemasan, dan nampak jumlahnya, macam saya tak banyak tapi dah usia 40an ni ada dekat RM 182,000. kalau masuk insuran, entah ada entah tidak.

  4. Mizi; betul tu tabungan sendiri kena ada namun boleh ambil insuran tapi kita sebagai pengguna kena tahu juga tak boleh serah bulat pada agen. Jangan buta kayu huhu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *