Impossible is possible jika tahu kunciNya

Saya terkesan bila membaca kisah ini dan amat percaya setiap kali kesusahan pasti ada kemudahan akan muncul. Ada beberapa pengajaran sebenarnya yang kita boleh dapat sebab itu saya suka nak share dalam blog ni. Sampaikan walau sepotong ayat. Menjadi tanggungjawab kita ni yang mempunyai media agar menyebarkan perkara yang baik-baik apalagi sewaktu bulan Ramadhan yang mulia.

Antara yang saya boleh amati hasil pembacaan kisah ini ialah:

1. Setiap kesusahan diiringi dengan kemudahan.

2. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian jika kita berusaha bersungguh-sungguh.

3. Sebagai penyelia/penjaga dan sewaktu dengannya kita sepatutnya mengaitkan kejadian alam ini dengan kebesaran Allah swt. Pendidikan sebegini akan membenih jiwa yang suci pada anak buah/anak didik/anak kita sendiri.

4. Usaha itu bukanlah maksudnya ikhtiar manusia semata tapi diiringi dengan munajat padaNya.

5. Usaha manusia itu berjaya hanyalah dengan izin Allah swt sahaja.

6. Untuk mendapat redha Allah swt hendaklah kita buat sesuatu yang Allah swt suka pasti doa kita dimakbulkan.

7. dan banyak lagi yang anda sendiri boleh kupas mengikut fefahaman masing-masing.

Selamat membaca dan mengambil pengajaran.

Nota: Kisah ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Page Dr Siti Ujila Official. Ia dikongsikan semula dengan izin dari penulis. Semoga kisah ini turut memberi manfaat kita semua.

KISAH MAGIK: IMPOSSIBLE JADI POSSIBLE. APA RAHSIANYA?

Sepanjang hampir 3 tahun saya menjadi seorang pendidik di UPM, banyak ‘peristiwa’ yang takkan mampu saya lupakan. Yang mengajar saya satu perkara penting: erti kehidupan.

Percaya tak, kisah yang ingin saya kongsikan kali ini boleh menyebabkan sesiapa pun ternganga membacanya. Sebab anda tidak akan percaya pada ‘magik’ yang berlaku. Saya ingin kongsikan kerana di sebalik cerita ini, sebenarnya ada satu ‘rahsia’ kejayaan yang ramai orang tak tahu.

Ceritanya bermula apabila seorang anak didik saya stuck dalam projek ilmiah tahun akhirnya. Ya Allah, Tuhan je yang tahu risaunya saya. Tesis projek perlu dihantar lagi 2-3 minggu. Dengan eksperimen yang belum selesai (baru separuh jalan), hasil belum ada, nak buat eksperimen perlu ‘q’ panjang (sebab nak guna mesin yang orang lain dah ‘q’ panjang), technician tak bagi guna mesin, due date dah semakin dekat.

Akhirnya dia datang jumpa saya. Katanya, nampak mustahil untuk siap.

Benar katanya. Kalau berusaha sungguh-sungguh tapi masih ikut ‘cara biasa’ memang peratus untuk projek tu siap sangat rendah. Sebab masa dah sangat singkat. Halangan dari pihak lain pula sangat banyak.

Saya tarik nafas panjang.

‘Awak kena pakai magik, Zack’ Akhirnya saya berkata. Dia pula pelik dengan kata-kata saya. ‘Magik macamana tu Dr?’

Panjang lebar saya menerangkan, tapi pointnya 2 saja:

1. Dalam masa singkat yang ada ni,give your 100% best effort. Dia tahu apa kerja yang perlu dilakukannya. Sosaya kata, buat semua tu sungguh-sungguh.

2. Jangan ‘rely’ kat diri sendiri. Kita ni manusia, lemah. Tapi kitakan ada Tuhan yang Maha Hebat, yang sangat baik, yang kalau Dia nak tolong kitaanytime kerja kita boleh jadi mudah, boleh settle. So di samping buat kerja dengan 100% best effort, buat benda-benda lain yang Allah suka.

Saya berikan beberapa contoh:
– nampak makcik cleaner, derma la kat dia.
– ngaji lebih sikit
– solat malam
– kalau beli goreng pisang, bayar lebih.
– gembirakan mak ayah, anak isteri.
– buat kerja amal. tolong orang lain.

Sebab saya percaya pesan Tuhan:

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Inilah magik kehidupan yang ramai orang tak tahu. Ramai orang fikir bila nak berjaya dalam sesuatu, mesti kena usaha sungguh-sungguh saja. Sampaikan nak buat kerja-kerja volunteer pun berkira. Dia lupa yang untuk dia berjaya tu, akan jadi lebih mudah kalau Tuhan tolong. Anytimebenda yang ‘impossible’ boleh jadipossible.

Saya kata lagi, yang ramai orang sedekah tapi padanya sedekah untuk dapat pahala, untuk masuk syurga. Kalau itulah niat dan kefahamannya, itulah yang dia dapat.

Kenapa bila soal nak berjaya, mesti patah balik pada ‘usaha bersungguh-sungguh’. Abih-abih, doa kepada Allah.

Betul, usaha kita mestilah yang terbaik. Tapi tak ramai orang faham yang bila dia bersedekah, buat kerja2 amal, buat benda-benda yang Allah suka, tolong orang lain on top ofusahanya yang sungguh2, kejayaan itu lebih mudah, lebih dekat.

Nampak macam akan mengambil masa kita. Yelah nak kena spend masa pula buat kerja amal. Tapi masa yang diambil itulah nanti yang akan buat perkara yang mustahil tiba-tiba jadi tak mustahil lagi. Pokok pangkalnya pada kepercayaan kita. Kita percaya tak yang Allah akan tolong kita.

Kan Nabi Zakaria yang sudah lewat usianya pun mendapat zuriat?
Nabi Ayub yang sakit sekian lama juga sembuh umpama magik. Semuanya Allah yang uruskan.

Bukankah kita bertuhankan Allah yang sama?

Saya ingat lagi, saya kata pada studentsaya tu. “Kalau awak percaya dan buat ‘formula’ ni nanti awak akan terperanjat. Projek yang nampak mustahil nak siap ni boleh siap on time. Dan jangan terperanjat kalau awak menang projek terbaik” sebab kalau Allah nak tolong, anything can happen.

Jawab beliau “Saya dapat siapkan projek ni pun saya dah lega, Dr.”

Saya tahu, dari riak wajahnya dia antara percaya dengan tidak apa yang saya katakan. Tapi saya amat berharap dia buat 2 perkara yang saya pesan itu.

Selang beberapa hari, dia jumpa saya dan katanya eksperimen dah siap!

Ya Allah, saya tak mampu nak kata apa.

Katanya technician yang pada awalnya tak nak bagi dia guna mesin disebabkan ‘q’ yang panjang tiba-tiba bagi dia guna sebab orang yang sepatutnya guna waktu tu tiba-tiba tak datang. Dan tiba-tiba, technician tu beriya menolongnya dan mengajarnya itu ini. Sampailah eksperimen tu siap dan hasilnya depan mata saya.

Dia sibuk bercerita apa yang ‘tiba-tiba’ berlaku tapi saya tidak mampu memberi tumpuan. Saya sangat ter-“wow” dengan magik ini. Saya hanyut dalam pujian yang tidak putus-putus kepadaNya, Tuhan yang sangat baik. Saya tahu, Tuhanlah yang buat semua yang tiba-tiba ini berlaku.

Saya tanya pelajar saya tu “apa yang awak dah buat?” Jawabnya, “saya buat macam yang Dr cakaplah”. Serba sedikit dia berkongsi cerita.

Ya Allah inilah yang saya namakan magik. Bukan kebetulan, tapi magik dari Tuhan.

Rupanya magik ini tidak terhenti setakat itu.

Hari ini, beliau bersama pelajar-pelajar yang lain membentangkan projek mereka kepada beberapa orang juri. Ada juri dari industri. Ada pensyarah dari universiti lain. Saya sempat menjenguk. Dan baru sebentar tadi, saya menerima mesej “Dr, saya menang projek terbaik. Gold medal (tempat pertama)”

Ya Allah, tergamam saya dibuatnya. Saya salah baca ke? Berulang kali saya tatap mesej itu. Ya Tuhan, janjimu benar. Terima kasih ya Allah.

Kata student saya apabila eksperimennya siap: “Apa yang saya belajar ni saya rasa lebih berharga dari projek itu sendiri”

Betul. Sebab inilah formula kehidupan. Rahsia macam mana hidup kita bahagia dan berjaya, jika kita faham yang agama bukan hanya pahala-syurga. Tapi apa yang diajarkan oleh agama kita, itulah kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia ini lagi.

Saya harap ia suatu yang bermanfaat untuk perjalanan kehidupan beliau yang seterusnya. Juga untuk anda yang membaca cerita ini. Jika ada manfaatnya, kongsikan agar orang lain juga tahu rahsia kejayaan ini.

rahsia rezeki Allah

9 thoughts on “Impossible is possible jika tahu kunciNya”

  1. Betul tu. Tak ada kebetulan dalam hidup. Usaha dan serah pada yang maha kuasa. Anything can happen kalau DIA nak walaupun nampak impossible.

  2. Btol.. selalu jadi benda-benda magik ni bila kita dah berusaha dan berserah.. dan buat benda2 yang Allah suka.. Alhamdulillah.. perkongsian yang bermanfaat 🙂

  3. Subhanallah.. Semua itu boleh bagi Allah SWT. Terletak pada kita nak guna atau tidak senjata yang diberikan Allah swt.

  4. Sani; itulah kuasa Allah Ya Fattah Ya Razzaq Ya Rahim Ya Rashid semua boleh jika kita tahu kunci yang betul

  5. Assalamualaikum wr. Wb
    Salam sahabat, perkenalkan nama saya rully wicaksono. asal saya demak, niat saya hanya ingin berbagi kebaikan khusus kepada orang yang mengalami kesusahan,
    Bismillahirrahmanirrahim
    Percaya tidak percaya semua kembali pada pembaca postingan saya, 6 thn yang lalu. awalnya sy seorang pengusaha yang bisa dibilang sukses,tapi banyak yang tidak suka kalau saya sukses, Bisnis saya bangkrut. saya punya anak dua dan mash kecil2, saya sempat putus asa dan tidak tau mau berbuat apa2,.hutang di bank hampir 2m , diperongan jg yang kian menempuk + bunga, Bahkan rumah saya serta pabrik pun disita oleh bank. pada saat itu saya sempat putus asa dan saya sempat mau mengakhiri hidup,tapi setiap saya melihat anak semua putus asa saya hilang.
    Iktiar demi iktiar saya lakukan, tapi mengalami jalan buntu. Teman dan saudara semua menghindar, ya begitulah……dikala senang banyak uang bak gula dikerumini semut. Tersirat dalam hati, tersengkur didepan sajadah, dosa apa yang saya lakukan ya tuhan, padahal dikala sukses saya termasuk orang yg dermawan, suka membantu teman, tetangga dan keluarga. Larut dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan ….. Ya tuhan, saya baru sadar bahwa selama ini usaha dan bisnis saya didapati dari hasil uang riba yang saya putarkan.
    Bulan terus berganti tidak terasa sudah hampir 2 thn sy berusaha untuk bangkit, apapun pekerjaannya saya lakukan bahkan jadi kuli bangunan, istri jualan sayur dpasar yang penting halal Puasa senin kamis pun sy lakukan agar dimudah doa dan keinginan. Alhamdulillah, ujian itu berakhir, Tuhan memberikan hidayahnya kepada saya meski pun lewat bantuan seorang Kyai. Beliau membimbing ke jalan yang lurus, membenarkan langkah kaki saya yg selama ini salah arah dalam bisnis. Beliau mengajarkan doa2, yang sangat mujarab. Alhamdulillah juga beliau menyarankan saya untuk merintis usaha (Usaha yg beliau sarankan), usaha baru mulai dari nol walaupun harus sakit sakit dahulu. ALLAHUAKABAR, 7bln usaha br yg saya rintis maju pesat. doa saya di ijabah, berkat bimbingan beliau serta arahannya usaha saya sangat pesat berkembang, Alhamdulillah ya ALLAH. Saat menulis kisah ini saya sudah bangkit kembali dan bisa untuk membayar hutang hutang, rasa kepercayaan orang lain timbul kembali. Dan Alhamdulillah saya sekeluarga sudah berangkat umrah . Hanya ALLAH yang bisa membalas budi baik kyai, beliau membantu tanpa Pamrih.
    Doa tanpa usaha, adalah suatu kebodohan. Usaha tanpa doa adalah suatu KESOMBONGAN. Yakinlah saudara2ku tiada satu manusia yang lolos dari cobaan , godaan dan ujian. Allah menguji sesuai kadar manusia masing2.
    Yuk banyak dhuha, banyak tahajud banyak berbagi dan bersedekahlah karena dengan sedekah suatu saat sedekah itu akan menolong diri sendiri.
    Hutang tetaplah Hutang yang harus dilunasi, karena hutang akan dibawa sampai mati dan harus dipertanggungjawabkan kepada Allah swt.
    Wassalam, semoga menjadi inspirasi
    (rullywicaksono21@gmail.com)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *