Iklankan produk secara percuma di FB dengan tonjolkan personal branding

Sekiranya kurang bajet selalunya kita susah nak keluar duit.

Bila fikir 2-3 kali, tambahan lagi belum tentu balik modal iklan, memang takut nak melabur.

Silap-silap boleh rabak poket.

Bukan semua orang mahir FB ads sebab algoritmanya sentiasa berubah jadi yang buat hari ini belum tentu menjadi esok.

Seeloknya buat pemasaran secara manual terlebih dulu untuk melihat respon pelanggan terhadap produk anda.

Satu lagi, faktor orang membeli adalah disebabkan kepercayaan kepada produk dan juga penjual produk.

Kenapa kita tidak pasarkan diri sendiri dahulu sebelum memasarkan produk.

Apabila diri sendiri sebagai penjual mempunyai integriti yang tinggi serta dipercayai oleh rakan-rakan fesbuk dengan mudah orang berasa senang untuk berurusan dengan kita.

Apatah lagi personal branding ini boleh dibuat secara percuma hanya dengan menggunakan FB profile kita sendiri atau dengan kata lain buat posting pada fb wall masing-masing.

Kenapa personal branding?

Berbanding ramai yang suka buat FB page yang spesifik untuk setiap produk yang dijual, personal branding hanya perlu kita fokus pada satu akaun sahaja.

Pemasaran FB page apabila kita buat untuk satu produk maka ianya hanya sesuai untuk produk itu sahaja sampai bila-bila.

Contohnya FB page produk losyen untuk kurus, anda tidak boleh gunakan untuk jual produk lain seperti produk untuk putihkan kulit.

Begitu juga dengan produk-produk lain.

Berbalik kepada FB profile, apa yang cuba tonjolkan ialah diri anda dan produk pada no. 2.

Kenapa tonjolkan diri?

Tonjolkan diri anda sebagai seorang seller yang dikenali.

Semua order ditepati, jujur dan melayan orang pelbagai lapisan sama rata. Produk yang dibekal juga pasti berkualiti dikenali oleh semua orang.

Kemudian baru pergi ke peringkat kedua – menjual produk.

Kelebihannya, anda boleh jual pelbagai produk hanya dengan guna satu akaun sahaja.

FOKUS.

Klik sini —-> Jual diri (personal branding) di Facebook untuk bisnes

4 thoughts on “Iklankan produk secara percuma di FB dengan tonjolkan personal branding”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *