Iklan percuma fb

Adalah menjadi lumrah kepada kita untuk mencari peluang untuk beriklan secara percuma atau paling tidak pun jika dapat mengiklan dengan harga yang paling murah.

Mungkin ramai yang tidak sedar apabila anda mempunyai produk atau servis untuk ditawarkan kepada orang ramai maka apabila anda update status di Facebook berkenaan bisnes anda maka itu adalah dianggap iklan. Cumanya iklan yang anda buat merupakan satu cara yang tidak langsung (indirect) manakla setengah orang pula membuat iklan secara lansung (direct) malah secara bertubi-tubi pula sehingga boleh di anggap spam.

Mana-mana post yang dibuat samada di wall (akaun pesonal) atau timeline (fanpage) berkenaan bisnes anda merupakan iklan yang dibuat secara tanpa kos jika anda tidak menggunakan boost post. Cara ini pun sudah cukup bagi anda untuk menjalankan operasi promosi bisnes anda. Tipsnya adalah dengan mempelbagaikan variasi ayat iklan anda agar bakal pelanggan tidak jemu walaupun produk yang cuna dipromosikan tersebut hanyalah satu sahaja.

Ini adalah perkara biasa bagi yang baru bermula dimana kadangkala anda mungkin kekeringan idea tentang cara bagaimana nak mengiklankan produk anda di Fabebook dengan tanpa kos. Antara platform lain yang boleh digunakan adalah dengan membuat post di groups. Join seberapa banyak groups yang berkaitan dengan bisnes anda dan mulakan membuat post dengan menggunakan variasi ayat yang telah anda karang.

Secara tak langsung anda ada wall, timeline fanpage dan groups untuk mengiklankan produk anda. Cuma satu yang perlu anda ingat. Dengan cara percuma ini apa yang perlu anda buat adalah buat post iklan untuk promosi bisens anda dengan sekerap mungkin secara konsisten dan fokus. Bagi yang baru sila ‘pulun’ habis post iklan anda sepanjang masa untuk masa satu bulan dan lihat hasilnya.

In shaa Allah anda pasti berjaya. Amin.

Klik sini —> Ayat Iklan Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *