Iklan percuma blog dengan blogwalking di Cbox

Tahukah anda bahwa anda boleh beriklan dengan teks ringkas dengan cara yang tidak melibatkan apa-apa kos langsung.

Kaedah yang admin maksudkan adalah dengan meletakkan link anda dan sedikit komen di Cbox.ws. Pendaftaran di Cbox.ws adalah percuma dan anda tidak perlu mempunyai sebuah blog untuk membuka akaun di Cbox.ws walaupun lebih baik jika anda ada sebuah blog seperti blogspot.com sudah memadai.

Mudah sahaja untuk beriklan di Cbox.ws. Caranya ialah dengan mencari blog yang memaparkan akaun Cbox.ws di laman blog mereka dan apa yang anda perlu lakukan hanyalah komen promosi dan letakkan link promosi anda dalam ruang yang disediakan.

Contoh akaun Cbox.ws yang anda boleh cuba ialah http://perniagaanonline.cbox.ws/

Ini hanya baru satu akaun Cbox.ws dan bayangkan jika anda boleh lawati banyak link Cbox.ws yang lain dan cuba cari seberapa yang boleh serta masukkan link promosi anda. Sudah tentu lebih ramai orang akan dapat melihat iklan anda dan peluang menjual menjadi lebih tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *