Ikhtiar muslim untuk penyembuhan dari sakit

Kisah ini saya petik dari fesbuk bilamana seorang Muslim di Mesir memberikan feedback bila ditanya berkaitan ikhtiar orang Islam di Mesir terhadap penyakit.

Bila kami sakit, ikhtiar pertama yg kami lakukan ialah solat dua rakaat, dan memohon kesihatan kpd Allah. In sha Allah sembuh dengan izin dan kasih sayangNya.

Kalau belum sembuh, Ikhtiar ke-dua, iaitu baca Al Fatihah/surah2 lain, tiupkan pada air dan minum.. Dan alhamdulillaah kami akan sihat. Inilah Ruqyah utk diri sendiri.

Tapi kalau belum sihat juga, kami lakukan ikhtiar yg ke-tiga, iaitu bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan & dijadikan jalan penyembuh sakit kami. In sha Allah akan sembuh.

Kalau belum sembuh juga, kami akan tempuh ikhtiar yg ke-empat, iaitu *banyak2 istighfar, untuk bertaubat*. Sebab, Nabi صل الله عليه وسلم beritahu kami, bahwa sakit adalah salah satu sebab di ampuninya dosa2.

Kalau belum sembuh juga, baru kami lakukan ikhtiar yg ke-lima, iaitu minum madu dan habbatussauda’.

Ikhtiar yg ke-enam iaitu mengambil makanan herba, seperti bawang putih, buah tin, zaitun, kurma, dan lain-lain, seperti disebut dalam Al-Quran.

Dan, Alhamdulillah. Laa hawlaa wa laa quwwataa illaa billaah. Jika belum sembuh, baru kami ikhtiar ke-tujuh iaitu pergi ke doktor muslim yg soleh.

In sha Allah akan diberi kesembuhan dari Allah Azza wa Jalla, aamiin.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *