Idea bisnes terbaik adalah berasaskan minat

  1. 10 Template Iklan FB Profile/FB Group/Instagram Post – Berdasarkan case study client jana 5 angka
  2. 20 Template Iklan Cari Ejen Pengedar – Berdasarkan eksperimen 15K iklan selama 2 tahun
  3. 20 Template Iklan Cari Ejen Dropship – Berdasarkan eksperimen 15K iklan selama 2 tahun

Idea bisnes terbaik adalah berdasarkan minat yang mendalam. Kenapa begitu? Ini adalah bagi menjamin kelangsungan bisnes dan ketahanan mental anda. Tentu ramai yang selalu berfikir bisnes ini biarlah keran profit. Pastikan idea bisnes itu membawa masuk banyak keuntungan, kemudian labur dan pulun usaha cukup-cukup bagi menarik masuk profit terbanyak. Ini yang selalu ditekankan kerana apa guna buat bisnes jika tarak masyukkk! Hal ini tak selalunya benar. Nasib adalah baik baik bagi bisnes yang tak pernah diuji. Bertuah! Namun bagi bisnes yang turun naik atau dicantas oleh pesaing, bagaimana bisnes itu boleh bertahan dengan himpitan atau halangan yang besar? Sudah pastinya minat yang menebal itulah yang menjadi pertahanan yang menjamin survival sesuatu bisnes.

Contoh antara yang terbaik bisnes berasaskan minat adalah bisnes burger yang dijual pada pinggir jalan. Setiap hari orang yang menjual burger akan membuat burger yang sama. Walaupun mungkin ada beberapa jenis burger tetapi ianya tidaklah mempunyai kepelbagaian sangat kecuali gerai yang luarbiasa. Peniaga burger yang punyai tahap minat yang tinggi terhadap kerjayanya itu sehingga muncul setiap hari di waktu yang tepat untuk menyediakan burger atas permintaan pelanggan. Berbanding orang yang mengejar duit sahaja, peniaga burger sebegini mungkin akan muncul digerainya tidak tentu masa. Kekadang cepat atau lambat tidak menentu atau kadangkala tutup berhari-hari tak ada mood, katanya.

Orang benar yang-benar minat akan terus membuat sesuatu pekerjaannya dengan tekun walau apa-apa pun yang terjadi samada kurang pelanggan atau tohmahan dari jiran sekampung. Dalam minda penjual burger itu yang adalah minat dengan pekerjaan memasak dan menjual burger kepada orang lapar yang memerlukan makanan ringkas dan segera kerana kesuntukan masa. Minat yang mendalam yang dipupuk dalam diri adalah berkaitan memberi makanan kepada orang yang perlukan untuk mengisi perut secepat mungkin dengan makanan yang lazat tetapi ringkas untuk sediakannya.

Kesimpulannya, berbisneslah kerana nak memberi khidmat kepada masyarakat. Membantu selesaikan keperluan masyarakat adalah suatu ibadah atau fardu kifayah. Dapat pula pahala. Akhirnya tujuan bisnes ini jika dicari puncanya ia merupakan juga satu tindakan bagi menyahut seruan Allah swt agar kita sentiasa memikirkan untuk menjadi antara yang terbaik. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang berkhidmat untuk memudahkan urusan kaumnya.

Idea bisnes yang dibuat atas minat, tidak akan dijumpai kesusahannya, halangannya, cabarannya malah semuanya dilihat positif dan yang pahit itu tak terasa disebabkan tenggelam dalam keseronokan.

Bestnya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shakleebangiasnida.esp.vitc (@shakleebangikedaivitamin) on

About Azam Mohd 676 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan yang 'on and off' menulis tidak tentu masa ikut mood yang terlintas. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk atau servis masing-masing di blog ini. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*