Hidup terasa sempit?

Di kisahkan pada suatu ketika dahulu, datang seseorang kepada Rasulullah ﷺ lalu menceritakan tentang kehidupannya yang dalam kesempitan.

Kemudian Rasulullah ﷺ mengajar dia 2 amalan yang sekiranya di amalkan dengan yakin dan bersungguh-sungguh, In sha Allah akan mengubah kehidupannya.

Amalan Pertama : Beri Salam
Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah SAW minta kita beri salam.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkahan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai Anda/kalian.”

Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.

السلام عليك ايها النبي ورحمة الله وبركاته
Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”

Amalan Kedua : Baca Surah Al-Ikhlas
Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah ﷺ bacalah surah Al-Ikhlas.

Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas

1 kali – Dirinya akan diberkati.

2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.

3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.

“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah.

Itulah keberkatannya.”

Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah ﷺ ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.

Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.

Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya.

Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah ﷺ ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh saja.

Namun untuk mula berusaha mesti tenangkan fikiran dahulu. Bila dah cool baru boleh nampak jalan halatuju ke mana tindakan seterusnya. In shaa Allah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*