Hasilkan ayat promosi jualan yang fokus pada pelanggan

Apa aset terbesar bisnes anda?

Ya, pelanggan ialah aset terbesar kita.

Produk pun aset. Diri sendiri pun aset. Harta kita, bisnes kita pun aset tapi pelanggan ialah aset utama yang terbesar bagi orang bisnes.

Kenapa?

Kata Dan Kennedy seorang pakar pemasaran:

“Produk hanya bernilai jika kita ada pelanggan yang mahu beli.”

Mindset ini sangat penting dan anda mesti ingat sampai bila-bila sentiasa.

FOKUS PADA PELANGGAN!

Jadi apabila anda menulis iklan, artikel, update status fb ingatlah bahawa mesej yang nak disampaikan mestilah customer-driven dan bukannya syoknya sendiri yang fokus pada produk sahaja.

Mungkin anda fikir tulis pasal produk sebab nak beritahu pelanggan tapi mereka tak baca pun. Saya beri contoh, pelanggan ada masalah jerawat dan dia nak cari ubat jerawat. Jadi dia screen tulisan anda ada tak yang boleh hapus jerawat dan ada tak orang yang telah berjaya hapuskan jerawat dengan produk anda. Tak semua pelanggan ialah saintis yang tahu bahan apa ada dalam dan bahan itu boleh rencatkan jerawat. Kebanyakan pelanggan adalah layman yang mahukan result yang cepat selesaikan masalah. Tu je.

Faham kan? Oleh itu tuliskan iklan yang fokus pada pelanggan. Ok!

Klik sini ketahui formula ayat marketing power!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *