Hakikat kehidupan adalah ujian

Hidup adalah satu ujian. Keseluruhan kehidupan manusia itu adalah ujian. Kesedaran dari kenyataan ini akan menentukan tahap tekanan manusia dalam menghadapi kehidupan seharian.

Kita sebagai hamba Tuhan sewajarnya sedar dan dengan itu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk lalui kehidupan ini.

Jangan sekali kali merasakan hidup ini tidak adil. Pemikiran sebegini akan menekan jiwa dan boleh akibatkan stress.

Bagaimana nak ubah sudut pandang hidup supaya lebih optimis dan tidak stress.

Cuba lihat kembali Bapa kita yang asal iaitu Nabi Adam a.s. Beliau adalah seorang Nabi dan tempat asalnya adalah di syurga. Mengapa Nabi Adam a.s. tidak kekal di syurga dari awalnya. Mengapa mudah sangat beliau digoda oleh syaitan.

Saya boleh lihat beberapa poin:

  1. Manusia memang dicipta untuk diuji imannya
  2. Allah swt telah tetapkan takdir manusia, liku mana yang mesti dilalui
  3. Tuhan hanya akan beri hadiah setelah kita melepasi halangan dan ujian hidup dengan tunduk dan taat
  4. Teori ini membenarkan ayat Quran yang jelaskan dalam setiap kesusahan disertakan dengan kemudahan
  5. Sudah lumrah ujian itu sebagai syarat wajib untuk melihat samada kita ini fit atau tidak dimata Tuhan sebagai hamba yang patuh

Apa sepatutnya dibuat apabila hadapi ujian?

  1. Sabar (jangan melatah).

2. Tenang (jangan merungut dan marah).

3. Sujud dan solat mohon pentunjuk (tidak hanya bergantung kepada strategi logik akal semata).

4. Usaha untuk atasi halangan.

5. Percaya bahawa Allah swt pasti bantu.

6. Yakin bahawa kita akan berjaya.

Namun disebalik ujian ini ada saat manisnya juga so jangan ingat bila ujian je kita jadi sedih pulak.

Walhal lebih manis apabila kita lulus ujian menandakan kita dah berjaya berbanding tidak diuji dan tidak tahu kita di tahap mana.

Pasti boring, betul kan.

Mengalami ujian juga bermakna kita ada pengalaman yang dilalui dan belajar bagaimana nak menghadapi, melalui serta mengatasi halangan tersebut.

Dengan secara tak langsung Allah swt mengajar kita untuk survive. Kita hanya diminta agar jangan putus asa. Itu sahaja!

Ujian itu mengajar kita. kehidupan itu ujian. Kehidupan sebenarnya media untuk kita matang tentang selok belok susah senang yang Allah swt sengaja berikan agar kita faham dan patuh.

Jangan jadikan ujian itu alasan untuk kita melawan takdir dan ingkar dengan ketentuanNya.

Sepatutnya ujian itu jadikan kita lebih matang dan rasional. Itulah tujuannya.

Jangan salah faham.

About Azam Mohd

Penulis merupakan blogger sambilan menulis tips untuk memberi motivasi diri kepada para pengunjung supaya dapat merasa erti hidup dari yang biasa-biasa kepada yang luarbiasa. Bangkitlah dari dalam diri untuk bertindak mencapai impianmu menjadi orang yang memberi manfaat buat ummah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *