Habbatus sauda meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita

Habbatus sauda merupakan suatu herba yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Secara amnya ia melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, semua fungsi anggota badan akan berjalan dengan lebih sempurna. Cuba lihat dan baca satu per satu manfaat secara tak langsung yang disebabkan oleh lancarnya perjalanan darah:

  1. Meningkatnya kesuburan

Tidak kira samada lelaki atau wanita sesuai untuk mengambil habbatus sauda. Darah yang mengalir dalam badan bertindak sebagai agen pengangkutan nutrien dan oksigen ke seluruh organ dalam badan. Darah yang lancar akan membawa bekalan yang cukup untuk kegunaan organ. Oleh yang demikian organ badan akan berfungsi dalam keadaan yang baik. Secara tak langsung akan meningkatkan kesuburan tidak kira samada lelaki atau wanita.

2. Membanyakkan susu badan ibu

Susu ibu adalah berasalnya dari darah. Sistem badan ibu Allah jadikan darah itu kemudian diasingkan menjadi susu yang menjadi makanan paling lengkap untuk bayi. Apabila darah ibu lancar maka susu ibu pun dihasilkan dengan lancar juga. Dengan mengambil habbatus sauda ibu boleh memastikan bekalan susu untuk bayi akan berterusan.

3. Menghilangkan kebas-kebas

Kebas sebenarnya disebabkan oleh organ yang tidak dapat bekalan oksigen yang cukup. Ini mungin disebabkan oleh darah yang tidak sampai kepada organ menyebabkan oksigen pun berkurangan. Dengan memastikan aliran darah yang lancar, kebas ini boleh diatasi dengan cara tak langsung dengan memastikan cukup oksigen dalam badan.

4. Menambah rintangan badan terhadap penyakit

Habbatus sauda dikatakan ubat bagi segala penyakit kecuali mati. Sebenarnya apabila perjalanan darah lancar ke seluruh badan maksudnya darah kita akan sampai ke bahagian pembuluh darah paling kecil dalam semua bahagian badan. Ini juga bermaksud sel darah putih juga diangkut bersama sel darah merah dan berupaya sampai kepada semua pembawa penyakit dan virus dalam badan serta membunuhnya. Ini juga bermaksud bukanlah habbatus sauda itu yang membunuh kuman tetapi dengan adanya habbatus sauda ia membolehkan badan kita mempertahankan diri dari sebarang penyakit dengan lebih cekap.

5. Membuang angin dalam perut

Angin masuk ke dalam perut akibat pelbagai sebab. Antara sebab utama adalah mengabaikan waktu makan yang tepat. Bila angin dah masuk, perut akan merasa sebu dan rasa tak selesa. Makan pun tak selera. Lama kelamaan jika dibiarkan mungkin boleh jadi gastrik pula. Bagi tujuan mengeluarkan angin, habbatus sauda boleh dimakan begitu sahaja dan hanya dalam waktu singkat kita boleh rasa angin keluar melalui sendawa dan boleh rasa hawa habbatus sauda sewaktu angin tu keluar. Setelah itu perut akan berasa lega dan tiba-tiba perut terasa lapar sangat.

6. Meningkatkan libido

Libido adalah kemahuan hawa nafsu. Pasangan suami isteri sangat mementingkan libido sebab ianya boleh mengeratkan lagi hubungan. Begitu bagi pasangan yang belum dikurniakan anak. Perhubungan perlu ditingkat dengan lebih kerap tapi bagaimana jika tiada nafsu antara keduanya. Ini akan menjadi masalah yag menghalang untuk dikurniakan zuriat. Cukup dengan amalkan habatus sauda sedikit sahaja tetapi konsisten akan membantu pasangan untuk menjadi lebih intim.

7. Merencatkan sakit perut akibat keracunan makanan

Apabila mengalami keracunan makanan, perut akan berasa sakit bagai dipulas-pulas. Kepala pula kadang pening berpusing. Badan pula tiba-tiba berpeluh. Lebih teruk lagi kadangkala, terasa isi perut bagai nak terkeluar. Memang sangat menyeksakan. Sewaktu ini, jika habbatus sauda diambil dalam jumlah yang lebih dari biasa, ia mampu memulihkan kembali perut kepada keadaan yang lebih sihat. Ia akan membunuh kuman yang berada didalam perut akibat kita mengambil makanan yang tercemar.

Melihat kepada faedah diatas belum termasuk faedah lain lagi yang tidak dinyatakan disini, habbatus sauda memang merupakan herba yang sangat bermanfaat untuk kegunaan semua. Bekalan habbatus sauda pula adalah sangat mudah diperolehi jadi tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak mengamalkannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shakleebangiasnida.esp.vitc (@shakleebangikedaivitamin) on

About Azam Mohd 668 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan yang 'on and off' menulis tidak tentu masa ikut mood yang terlintas. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk atau servis masing-masing di blog ini. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*