Fungsi #hashtag power untuk apps instagram


Korang sedar tak yang instagram jika nak search dia lebih bergantung kepada hashtag power.

Ibarat macam kita search kat google bila kita taip keyword untuk mencari sesuatu macam itu juga untuk instagram kita kena taip simbol hashtag (#) dan diikuti oleh keyword (#keyword).

Begitu juga dengan Twitter dan Facebook, taip je keyword dan kita akan umpa dengan apa yang kita nak cari.

Maksudnya kat sini fungsi hashtag akan memudahkan orang lain yang mencari untuk menemui instagram kita apalagi jika kita buat bisnes. Ia satu cara untuk meningkatkan promosi instagram bisnes kita dalam menonjolkan brand bisnes.

Kesalahan kebanyakan bisnes ialah diaorang banyak guna hashtag yang tak betul. Main hentam je buat hashtag syok sendiri. Atau hashtag tu tak popular yang mana takde pun orang yang search hashtag tu. Jadi walaupun banyak hastag tapi tetap tak membantu untuk tambahkan follower sedia ada.

Cara terbaek ialah membuat post gambar yang diletakkan hashtag yang trending dan sedang popular waktu itu. Dengan cara ini gambar anda berpeluang untuk muncul di bahagian Trending Tags.

Mungkin susah bagi anda nak cari dan tentukan hashtag yang sesuai dengan bisnes anda kan. So, cuba baca tips seterusnya. Hashtag yang paling hot tak semestinya sesuai dengan gambar atau bisnes anda. So, cuba cari hashtag yang tak berapa hot tapi masih banyak digunakan dan pada masa yang sama lebih tepat dan match dengan bisnes yang anda buat sekarang.

Tools yang anda boleh gunakan ialah Websta. Websta ada senarai banyak hashtag samada yang trending, hot, popular dimana ianya hashtag yang am yang anda boleh sesuaikan dengan gambar yang anda mahu post kan.

Keunikan instagram ialah lebih banyak hashtag yang tepat yang anda guna akan membantu gambar anda mendapat lebih banyak like. Jangan rasa pelik pulak dan takut nak apply tips ini. Cuba research sikit hashtag yang sesuai dan masukkan sebanyak mungkin dan lihat hasilnya nanti.

Kajian menunjukkan gambar yang ada banyak hashtag yang tepat sehingga mungkin kepada bilangan maksimum (30 #hashtag) akan mendapat banyak like sehingga 3 kali ganda like berbanding gambar yang ada sikit hashtag je. So, ini tips gold ok jangan abaikan.

Saya teringat yang tips ini saya juga gunakan untuk blog saya yang mana blog tidak guna hashtag tapi dia guna Tags. Untuk mencari tags yang sesuai saya guna satu software untuk harvest keyword dari google. Jadi bila buat posting blog saya akan collect semua tags berkaitan keyword yang saya mahu buat post dan letak dibawah satu post. Tujuannya untuk tarik sebanyak trafik yang boleh secara natural dan organik dari search injin.

So, konsepnya sama dengan hashtags untuk instagram. Tak rugi buat research untuk cari hashtag instagram yang sesuai sebelum buat post di insta. Saya pasti anda pasti teruja nak tahu resultnya kan. Apalagi kalau post tu nanti mungkin akan jadi post instagram meletop yang anda sendiri tak jangka!

Related terms: Top 100 Instagram Tags, Trending Instagram Hashtags Real Time, Instagram Hashtags Search, Create Your Own Hashtag, Using Hashtags Instagram, List of Popular Hashtags, Best Hashtags Instagram, Instagram Hashtag Generator

Have any Question or Comment?

8 comments on “Fungsi #hashtag power untuk apps instagram

apa yang penting.jaganlah hashtag lari dari topik hashtag tu..hashtag spam

Azam Mohd

saps; sudah pasti spam spam tak aci kan

betul tu, banyak fungsi dengan pakai hashtag tu

Azam Mohd

MS; rugi tak guna hashtag kan

bagus info ni, kena banyakkan guna hashtag la

Azam Mohd

raihanah; hashtag ye jangan tak hashtag hihi

Oh guna hashtag trending ya? saya ingatkan guna hashtag relate to produk yang dijual

Azam Mohd

noriza; hashtag trending ni senjata sulit sekala sekala guna ok kot. selalu sangat nanti kata spam pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FREE Download!

Nak RAHSIA Berniaga di FB?
>>KLIK SINI!<<

Sadaqah tanda syukur

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com