“Fruits of Faith” kisah sabar yang mengagumkan

  1. 10 Template Iklan FB Profile/FB Group/Instagram Post – Berdasarkan case study client jana 5 angka
  2. 20 Template Iklan Cari Ejen Pengedar – Berdasarkan eksperimen 15K iklan selama 2 tahun
  3. 20 Template Iklan Cari Ejen Dropship – Berdasarkan eksperimen 15K iklan selama 2 tahun

Allh swt itu Maha Pemurah bukan setakat orang yang beriman sahaja yang dilimpahi rezki dan rahmatNya malah orang yang tidak beriman juga. Kisah Fruits of Faith adalah kisah benar di Jepun. Nama lain berkaitan kisah ini juga dikenali sebagai Miracle Apples. Kadang bila tengok movie macam lagenda pun ada tapi rupanya ia memang kisah benar. Sangat banyak yang boleh dipelajari dari aspek motivasi dan juga pertanian. Kisah ini berkenaan penanam epal di Jepun. Epal asalnya bukanlah dari Jepun jadi penanaman epal bukanlah satu perkara mudah disana kerana ianya mudah diserang oleh serangga. Oleh kerana itu menjadi satu kebiasaan mereka menggunakan racun serangga yang banyak dan kerap bagi melindungi ladang epal dari serangan serangga.

Kisahnya bermula dari seorang pemuda Jepun yang baru bekerja di bandar Tokyo, Dia merupakan seorang akauntan. Namanya Akinori Kimura. Keluarganya menjodohkan dia dengan seorang gadis anak penanam epal yang juga tinggal dalam kampung yang sama. Ibu gadis itu sudah meninggal dunia dan tinggal bersama ayahnya yang sudah tua. Apabila keduanya dikahwinkan pemuda tersebut meninggalkan kerja akauntan dibandar untuk mengerjakan ladang epal mertuanya. Isterinya pun sama membantunya di ladang. Apabila banyak terlibat di ladang rupanya disedari isterinya ada alahan terhadap racun serangga. Menyedari hal ini pemuda tersebut terpaksa mengurangkan penggunaan racun serangga di kebun dan cuba mencari alternatif yang boleh menghalau atau membunuh serangga yang menyerang pokok.

Suatu hari pemuda tersebut menjumpai sebuah buku yang menyarankan penggunaan teknik pertanian semulajadi tanpa bahan kimia sintetik. Tanpa baja, tanpa racun serangga adalah satu konsep yang berlainan dan lain dari yang lain. Bagi orang biasa macam kita memang sukar nak terima. Jika kita mendalami topik ini kita akan jumpa istilah bertani tanpa buat apa-apa. Pemuda ini cuba menjual konsep ini kepada orang kampung namun tiada orang yang sanggup untuk membiarkan serangga memakan epal mereka dan mengurangkan hasil tuaian. Memandangkan tiada seorang pun yang berani mengambil risiko maka pemuda tersebut mencuba untuk bertani cara baru seorang diri sahaja ditemani isteri dan anak-anak.

Pemuda ini belum sangat memahami konsep pertanian semulajadi atau natural farming ini dan mulakan dengan pelbagai herba dan rempah sebagai penghalau serangga. Walaubagaimanapun berpuluh-puluh jenis herba dan rempah dicuba tetapi belum ada tindakbalas positif yang berkekalan. Pokok hanya bebas dari serangga dalam waktu singkat sahaja dan selebihnya habis pokok-pokok diserang ulat. Kawan-kawan sekampung tidak bersetuju dengan aktiviti pemuda itu yang boleh merisikokan ladang orang lain yang bersebelahan dari diserang serangga. Namun pemuda ini juga terus komited dan tidak mengalah kerana penyakit alahan kepada racun serangga yang dialami oleh isterinya menjadikan dia yakin untuk guna.

Disinilah bermulanya kisah sabar. Memandangkan cubaan pemuda itu banyak yang gagal oleh itu daun-daun berguguran dan meninggalkan pokok yang kurus dan nampak tak sihat. Perkara ini berlaku berulang kali  selama beberapa tahun dengan menggunakan racun serangga dari bahan semulajadi yang tidak berkesan menjadikan dia hampir putus asa. Simpanan kewangan semakin susut dan pokok pun hampir seperti nak mati. Oleh karana pokok epal tak memberi hasil, isteri pemuda itu menanam sayur di ladang epal untuk dijual. Ini menjadi satu kehairanan kepada pemuda itu kerana sayur-sayuran yang subur tumbuh diladang epal yang sama tetapi pokok epal langsung tidak mengeluarkan hasil. Waktu inilah pemuda tersebut sedikit demi sedikit sekan hilang keyakinan.

Nak dijadikan cerita orang kampung pulaukan keluarga pemuda ini dan pemuda ini dah mula bercakap dengan pokok-pokok epalnya. Dia merayu agar pokok epal itu terus bertahan dan mengeluarkan hasil. Isteri pemuda yang menyedari kelakuan aneh suaminya namun terus menyokong dan memberi harapan kepada suaminya tanpa banyak soal. Walaupun orang kampung dah gelarkan suaminya ‘gila’ isterinya pada setiap pagi tetap terus menyediakan sarapan untuk dibawa suaminya ke ladang epal. Pemuda itu tetap pergi ke ladang setiap hari tanpa buat apa-apa melainkan bercakap dengan pokok. Perkara itu berlarutan bertahun-tahun lamanya sehinggakan orang dah lali dengan kelakuan pemuda itu.

Sehinggalah suatu hari entah bagaimana timbul perasaan pemuda itu mahu mengalah kepada nasibnya dan ingin membunuh diri. Dia pergi masuk kehutan di atas gunung tanpa diketahui sesiapapun dan sediakan tempat gantung leher. Sambil mencari pokok besar yang sesuai dia sekan ternampak pokok epal. Pelik juga macammana epal boleh tumbuh dalam hutan tanpa baja. Betul juga mana ada orang sanggup ulang alik masuk hutan semata nak membaja dalam hutan. Tapi rupanya ia bukan pokok epal tapi yang menakjubkan ialah kesuburan dan buahnya yang banyak. Satu perkara yang diperhatikan ialah tanah dimana pokok itu tumbuh. Tanahnya lembut dan gebu hasil dari pereputan bahan organik disekeliling pokok secara semulajadi. Tanah ini terjadi sebegitu kerana hasil pereputan oleh agen mereput seerti  serangga, cacing dan lain-lain.

Serangga perosak tidak merosakkan buah kerana terdapat serangga lain yang melindungi pokok itu. Cara kawalan sebegini dikatakan secara ‘bio’ dan mesra alam. Menyedari keajaiban ini baru pemuda itu sedar mengapa pokok sayur yang ditanam isterinya begitu subur kerana kawasan tanamannya dibiar semak dan tidak dibersihkan sangat. Berbeza dengan pokok epal ianya dibersihkan sehingga nampak tanah permukaan. Sejak dari itu ladang epalnya dibiar semak dan menghijau tanahnya ditutupi rumput yang tidak dipotong kecuali hanya jika perlu sekali atau dua kali setahun. Lama-kelamaan setelah bertahun-tahun ladang epalnya kelihatan seperti hutan. Paling ajaibnya ialah ladang ini akhirnya mengeluarkan buah dari pokok yang hampir dah nak mati.

‘Berkat’ kesabaran pemuda tadi tambah lagi berkai ketabahan isteri setelah terbeban dengan kesusahan sebelum ini menjadikan ladang epalnya adalah yang pertama membuktikan epal boleh ditanam di Jepun tanpa racun serangga. Kaedah ini dipanggil natural farming dan buahnya adalah buah organik yang tidak menggunakan hatta baja kimia sekalipun.

Buah epal dari ladang pemuda itu sangat terkenal kerana rasanya yang unik dan tahan lama serta mendapat tempahan dari restoran michelin peranchis di bandar Tokyo untuk dijadikan sup epal. Kini pemuda itu sudah berumur. Kisah ajaib kesabaran yang mengagumkan ini harapnya menjadi inspirasi kepada mereka yang sedang berusaha tetapi belum berjaya agar jangan putus asa kerana kejayaan itu semakin hampir menuju kepada kita semua! Kan.

Amin.

Akinori Kimura's MIRACLE APPLES

http://www.japanfs.org/en/news/archives/news_id031917.html

http://ourworld.unu.edu/en/apples-have-feelings-too

* The book of [Miracle Apples](by Takuji Ishikawa, 2008) on Akinori Kimura's natural farming of apples is now available to read in English translation on line:

http://imaginepeace.com/miracleapples/
Presented by YOKO ONO at www.IMAGINEPEACE.com

https://www.facebook.com/miracleapples/

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shakleebangiasnida.esp.vitc (@shakleebangikedaivitamin) on

About Azam Mohd 676 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan yang 'on and off' menulis tidak tentu masa ikut mood yang terlintas. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk atau servis masing-masing di blog ini. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*