Faktor-faktor gagal close sale dalam proses jual beli

Ramai seller buntu apabila gagal close sale dan buat jualan. Anda mungkin berjaya tarik pelanggan tetapi kemudian pelanggan lari apabila anda gagal meyakinkan mereka. Masalah disini bukanlah terletak pada pelanggan tetapi apabila kita tidak memberikan 100% semasa buat promosi pelanggan akan rasa tidak yakin dengan kita.

Saya suka menerangkan secara mudah bahawa proses menjual boleh dibahagikan kepada 2 peringkat utama:

1. Tarik perhatian pelanggan dengan ayat iklan

2. Follow up pelanggan dengan meyakinkan dan menyelesaikan masalah mereka

Anda pasti berjaya close sale sekiranya anda berjaya tarik perhatian pelanggan dan seterusnya boleh yakinkan pelanggan bahawa anda mampu selesaikan masalah mereka.

Saya nak gambarkan topik ini dengan kisah yang saya lalui sendiri. Subjeknya ialah anak saya mengalami sakit kaki kerana terdapat 2 tompok merah pada tapak kaki dia. Saya tak mahu cerita lebih dan biarlah doktor yang beritahu kami apa sebenarnya yang terjadi pada tapak kaki anak saya tu.

Doktor 1

Sebenarnya jangkaan saya apabila berjumpa doktor ini ialah beliau akan memeriksa tapak kaki anak saya, mengeluarkan duri, selumbar, bendasing atau apa saja yang ada pada tapak kaki anak dan kemudian mengubatinya. Sebabnya ialah saya boleh rasa seperti ada sesuatu pada tapak kakinya setiap kali saya meraba di bahagian tengah tapak kaki.

Jangkaan saya salah kerana doktor ini mencadangkan anak saya diberi ubat tahan sakit. Beliau juga mengatakan kejadian ini biasa sahaja dan ianya akan baik dengan sendiri. Jika terdapat bengkak dan jangkitan esoknya, saya perlu hadir semula untuk mengambil antibiotik.

Sekiranya anda berada ditempat saya apa yang akan terdetik di hati anda? Bagi saya ianya agak tidak meyakinkan dan tidak boleh diterima. Ini menyebabkan saya merasakan perlu mendapatkan pandangan kedua. Pada masa ini baru timbul perlu jumpa doktor no. 2.

Doktor 2

Tindakan doktor ini sangat berlainan dari doktor no. 1. Kali ini doktor 2 membuat tindakan sebijik sama macam apa yang saya jangkakan atau ianya memenuhi kehendak kita sebagai pelanggan. Apa yang dia buat? Doktor menggunakan kanta pembesar untuk melihat tapak kaki anak saya dengan lebih jelas. Beliau sangat tekun.

Beliau juga tunjukkan pemerhatian itu dengan saya dan saya sendiri dapat lihat seperti ada selumbar hitam halus yang sebabkan kaki anak sakit. Kemudian beliau minta anak dibaringkan di katil dan seterusnya membuat minor surgeri untuk mengeluarkan benda itu. Saya sendiri dapat lihat selumbar hitam halus itu setelah dikeluarkan pada gauze yang putih bersih.

Setelah itu, kaki anak disapu antibiotik dan di plaster.

Pada pendapat anda doktor yang manakah akan berjaya close sale dengan memenangi hati pelanggan? Anda sudah pasti tahu jawapannya. Tidak syak lagi!

Sebagai seller sila ambil pengajaran, anda mesti memberi tumpuan kepada perkara dibawah:

  • Fokus kepada penyelesaian pelanggan dan bukan nak cepat close sale dengan mendesak kepada pembelian produk semata-mata
  • Buat tawaran yang tak dapat ditolak sama sepertimana yang pelanggan jangkakan (baca minda pelanggan)
  • Selesaikan masalah pelanggan. Jangan biar masalah itu tergantung. Yakinkan anda boleh selesaikan masalah mereka.
  • Ikhlas, berkhidmat dari hati, berdedikasi dan gembira bila pelanggan puas hati. Ini kerana hanya dengan cara ini sahajalah anda akan memberikan khidmat 100% untuk membantu pelanggan.

Banyak lagi tips yang saya kongsikan bagi membantu anda untuk memahami pelanggan. Tips ini akan lebih membuka minda anda untuk memperbaiki khidmat anda untuk pelanggan.

Klik sini ketahui formula ayat iklan POWER!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *