Elak stress jauhi anxiety disorder

Statistik menunjukkan bilangan pesakit yang mengalami sakit mental semakin bertambah.

Sakit mental yang dimaksudkan tak semestinya yang gila sahaja.

Ia bermula dari gangguan stress biasa sehinggalah yang boleh membawa kepada sakit mental sebenar.

Stress ini sejak dari azali dah ada namun yang lebih penting ialah cara menanganinya.

Apa maksudnya?

Bilangan pesakit mental bertambah ialah kerana manusia sudah semakin lemah untuk menanganinya.

Itu teori saya.

Kerana kita dah ramai yang tinggal agama.

Masih Islam tapi pengamalannya yang tidak Islamik.

Manusia memang akan jadi stress bila dia nak jadi sempurna kerana dia sendiri tidak sempurna.

Manusia merasakan dirinya sempurna dan hebat lalu merancang agenda dunia yang bertaraf maju kononnya.

Tapi dia lupa apa yang dia capai hanyalah apabila Allah izinkan dia berbuat apa yang dia hendak.

Apabila sudut pandang manusia sudah tidak ambil kira kuasa Allah dalam setiap perancangan maka jadilah manusia itu ego bahawa dia perancang yang mahir lagi pakar.

Apabila berjaya, dia berasa bangga mengaku bertanggungjawab penuh atas kejadian yang terjadi.

Sebaliknya, apabila gagal, dia merasa rendah diri malu dengan kekurangan yang ada dalam dirinya.

Ini sudah tidak ikut fitrah.

Kita semua maklum tahu bagi seorang muslim semua perancangan bermula dari Allah swt.

Mula dengan doa, merancang, laksanakan, tawakkal, serah pada Allah swt. Manusia tiada kuasa untuk menentukan kejayaan atau kegagalan.

Namun dengan usaha sungguh-sungguh yakinkan Allah swt kita perlukan bantuannya.

Keyword penting disini ialah kebergantungan pada Allah.

Untuk hidup lebih tenang kita mesti berilmu.

Dengan adanya ilmu yang betul kita boleh bezakan antara yang betul dan tidak betul.

Berserah dan redha.

Ini satu lagi konsep yang kita tahu tapi tak amal.

Sebagai orang Islam kita syukur sangat dan sedar tindakan bunuh diri tidak mendatangkan faedah.

Betapa ramai orang bukan Islam yang bunuh diri bila tertekan.

Namun dalam mengalami tekanan itu ramai yang tewas secara psikologi.

Apa yang kita mesti faham ialah fitrah manusia tu tak sempurna, lemah, pelupa, hina oleh itu sentiasa perlu mengharap pada Allah.

Kita perlu terima hakikat ini supaya mindset kita sentiasa melekat dengan konsep bergantung padaNya.

Konsep ini bukan untuk melemahkan manusia dikalangan manusia lain tetapi nak sedarkan manusia Allah sentiasa ada untuk tempat mengadu dan minta tolong.

Allah tidak pernah tinggalkan hambanya.

Jadi di waktu kita stress, down dan lain-lain untuk elak lebih serius sampai ke tahap anxiety disorder, berserahlah nasib pada Allah kerana manusia takkan larat nak handle semua bende.

Percayalah bila dah serah pada Allah dada akan jadi lebih lapang, bahu akan terasa ringan dan minda akan lebih terbuka luas.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*