Ebook memulakan perniagaan

Saya ingin kongsikan kata-kata dari Chef Li, penulis buku ‘Jutawan Senyap’:

“Tujuan saya menulis buku “Menjejaki Jutawan Senyap’ dalam tahun 2004 adalah untuk mengubah sedikit persepsi bangsa kita yang rata-ratanya masih sinis terhadap bisnes penjajaan. Tidak ada ibu bapa Melayu yang akan mendorong anak anak mereka agar bercita-cita menjadi seorang penjaja.

Kenapa?

Kerana menjaja hanyalah layak untuk orang-orang yang gagal mendapat sebarang jawatan. Maknanya kalau seorang anak itu masih layak untuk dapat jawatan peon, posmen, ahli bomba, pembantu makmal atau konstabel maka lebih baiklah rebut salah satu jawatan itu daripada menjadi penjaja.

Penjajaan terutama menjaja makanan dan minuman bukanlah sesuatu yang baru bagi orang-orang Melayu / Bumiputra. Bahkan penjajaan telah begitu sinonim dengan keusahawanan kecil Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Hinggalah sekarang ini ramai orang orang Melayu menjaja di pasar malam, pasar lambak, uptown, pasar tani, tempat-tempat keramaian, perhentian dan terminal pengangkutan awam. Tetapi cerita penjajaan Melayu masih disulami dengan kisah kesusahan dan kemiskinan.

Amat jarang cerita tentang seorang Melayu yang jadi kaya raya kerana menjaja.Ramai yang menjaja tetapi tidak ramai yang berjaya. Walaupun bilangan orang Melayu/Bumiputra yang terlibat dalam perniagaan penjajaan kian hari kian bertambah, namun bilangan yang betul betul berjaya masih amat jarang. Kisah kejayaan meraih keuntungan masih jauh ketinggalan berbanding penjaja China dan penjaja dari kalangan para pendatang.Kini saatnya kita belajar bagaimana mereka boleh memilih perniagaan yg dinilai sebagai 3 S;Serasi Selamat dan Senang.”

Saya pun sangat setuju dengan pendapat beliau. Ramai dari orang Melayu yang sudah berniaga tapi masih ramai lagi yang malu-malu nak berniaga dan ada juga yang anggap berniaga ni menyusahkan dan berisiko.

Jika begitu dikata, apa kata kalau kita mulakan secara kecil-kecilan dulu? Anda boleh dapatkan ebook memulakan perniagaan untuk mendapatkan idea barang-barang apa yang anda boleh jual. Pilihlah barang yanda suka dan buatlah promosi cara santai agar anda tidak berasa tension bila menjual.

Mari mula menjual dengan modal kecil.

ebook memulakan perniagaan

3 thoughts on “Ebook memulakan perniagaan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *