Dosa besar Palu

Agak terkesan aku apabila aktivis MAPIM memberikan ceramah berkaitan Palu di Indonesia. Yang terkesan sangat bukan sebab kejadian pelik yang terjadi di Palu tetapi dosa yang ada di Palu itu juga ada di Malaysia. Itu aku tak nafikan dan sebab itu aku kata terkesan sangat sebab bila-bila pun Allah swt boleh turunkan bala yang sama di Malaysia. Ko tak takut ke?

Palu diuji dengan bala dan kita di Malaysia kita diuji dengan kesenangan. Setuju ke? Cuma ada satu ‘kelebihan’ di Palu ini yang kuat menjemput bala. Aku kata ‘kelebihan’ ni sebab rakyat Palu ada mambuat satu ritual untuk menolak bala tetapi perkara itu yang sebenarnya menjemput bala. Palu nomoni. Ianya satu perbuatan syirik.

Apa itu Palu nomoni.

Palu nomoni ialah satu ritual penyembahan korban binatang kepada ‘Tuhan laut’ kononnya untuk menolak bala. Rakyat Palu telah lama Islam dan meninggalkan amalan bukan Islam sejak berzaman. Walaubagaimanapun, masih ada segelintir orang yang menyambung ritual ini secara kecil-kecilan di serata Palu sebagai menyambung amalan nenek moyang.

Walaubagaimanapun, semenjak 2016, seorang pemerintah tempatan telah mengisytiharkan secara terbuka agar ritual Palu nomoni ini diaktifkan kembali dan dibuat secara besar-besaran di tepi pantai sebagai satu aktiviti untuk menarik pelancong bagi merancakkan lagi industri pelancongan di sana. Turutan dari situ, Palu nomoni di rai secara besar di tepi pantai semanjak dari 2016 sehingga sekarang.

Diberitahu pada 2016 dan 2017, apabila ritual itu dijalankan telah berlaku ribut kencang seakan Allah swt telah memberi amaran namun tidak diendahkan. Para ulama juga telah menyuarakan tidak setuju. Pemerintah tetap dengan keputusan untuk meneruskan. Dan apabila sampai 2018 begitulah tsunami yang Allah swt kirim untuk disampaikan amaran kepada pendosa syirik malah orang yang tidak berdosa juga terkena sekali.

KOMIK RAYA YANG TERHANGAT!

Selain dari tsunami juga ada kejadian lain yang pelik berlaku sebagai pakej peringatan Allah swt kepada rakyat Palu. Tsunami itu sendiri pelik sebab dengan tanpa sebab pun Allah swt boleh jadikan sebab. Apatah lagi yang lain-lain yang tidak masuk akal.

Aku nak cerita selepas ini.

Selain gempa bumi ada satu lagi bencana. Liquifaksi. Apa tu?

Liquifaksi adalah kejadian tanah mencair disebabkan kehilangan kekuatan struktur. Perkara ini terjadi di Palu. Gempa bumi di utara sebabkan tsunami di tepi pantai teluk Palu. Liquifaksi pula terjadi di sekitar di beberapa spot berbeza dan ‘terpilih’. Siapa yang pilih. Tentulah Allah swt Yang Maha Kuasa. Bukan kuasa semulajadi atau kuasa bumi yang tentukan terjadinya bencana alam ini melainkan Allah swt.

Aktivis MAPIM jelaskan lagi apabila dibuat siasatan dan penyelidikan jelasnya kawasan liquifaksi ini adalah kawasan dimana dijalankan perjudian, perlumbaan lembu, minum arak dan sebagainya. Apabila dosa besar (syirik Palu Nomoni) dah aktif maka dosa-dosa kecil pun ditunaikan hukumannya oleh Allah swt.

Jadi apa bezanya dengan Malaysia yang tidak membolehkan bala diturunkan? Kita bernasib baik kerana masih belum ada orang Islam yang membuat perkara syirik secara besar-besaran yang diwartakan pemerintah. Yang ini kita kena jaga kerana janji Allah swt pabila dosa besar dielakkan in shaa Allah dosa kecil akan dimaakan oleh Allah swt.

Jika ada yang syirik mari kita bersama-sama menyuarakan bantahan besar-besaran. Mohon lindungi Malaysia dari bala dengan elakkan perbuatan syirik menyekutukan Allah swt dengan makhluknya yang tidak berkuasa.

Na’uzubillah min zalik.

Pengajaran dari peristiwa ini adalah tidak perlu mengeji, mengutuk, memaki orang-orang di Palu melainkan berilah bantuan dari segi kewangan, sokongan moral, buat aktiviti sukarelawan turun padang serta berdakwah kembalikan mereka ke jalan yang benar.

Ujian yang Allah swt turunkan adalah sebagai pengalaman untuk pembelajaran kepada semua ummah samada yang mengalami atau yang memerhati.

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *