Dhuha 12 rakaat

Dhuha ialah tanda syukur.

Tanda syukur dengan perbuatan.

Bukan setakat syukur dengan mulut.

Ianya satu mujahadah.

Bukan semua mampu nak buat.

Mungkin ada yang belum buat dhuha.

Ada yang buat dhuha sikit.

Ada yang buat dhuha kadang-kadang.

Ada yang buat selalu.

Ada yang buat ikut mood.

Paling kurang ialah 2 rakaat.

Apa yang menarik tentang dhuha ialah kepentingannya.

Ianya sama penting dengan solat malam cuma ia bukan solat fardhu.

Sepatutnya setiap manusia perlu buat solat malam dan solat dhuha.

Nampak ringan sebab sunat tapi ianya sangat berat amalannya disisi Allah swt.

Dikatakan siapa yang berangan nak jadi kaya mestilah buat solat dhuha setiap hari tak kira susahnya macamana tapi mesti cari kesempatan masa untuk  buat solat dhuha.

Tambahan lagi ada syarat tambahan iaitu, solat witir dan puasa pada hari putih setiap bulan.

Dan solat dhuha ini yang paling afdal ialah 12 rakaat.

Ia mampu buang halangan rezeki untuk sampai kepada kita.

Sebab itu jangan terkejut jika selepas solat dhuha 12 rakaat kita akan dapat rasai ada kelainan.

Apalagi kalau mampu buat 12 rakaat setiap hari.

Jika tak mampu buat lah masa-masa apabila kita ada hajat yang mendesak.

Niatnya yang utama buat kerana nak dapat redha Allah.

Jangan buat semata-mata sebab nak dapat rezeki.

Rugi.

Niat kan buat kerana redha Allah, kedua kerana nak tunjuk rasa syukur, ketiga nak dapat perhatian Allah dan akhir baru niat nak rezeki.

In shaa Allah.

Doa anda pasti dikabulkan.

Cuma samada anda yakin atau tak je!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *