Cuba Setel Hutang PTPTN Dengan Teknik Asmaul Husna

Saya copy paste artikel ini dari Cik Pn Nur Insyirah. Tips ini bagi saya sangat bagus dan saya mohon Allah berkati saya kerana panjangkan ilmu ini supaya orang lain dapat langsai hutangnya jadikan hidup mereka lebih tenang. Amin.

Begini kisah yang diceritakan.

Sekitar bulan 5-6, aku berkenalan dengan #TeknikAsmaulHusna. Sambungan daripada #TeknikBAD cuma orang yang memperkenalkan teknik AH bukan aku tetapi Prof. Dr. Madya Wan Maseri Wan Mohd.

Dalam buku aku akan datang, perhaps tajuk dia Berubah Baik. Ada sebuah kisah tentang Sakinah. Selama 3 – 4 bulan dia hadapi masalah emosi. Antaranya kerana soal kewangan dan hutang.

Ketika dia jiwa kacau, dia lebih banyak beribadah berbanding biasa. Lebih banyak zikirnya, lebih banyak tahajudnya, lebih banyak Dhuhanya. Cuma kadang-kadang tak konsisten.

Biasalah. Kita kalau ada ujian mesti lebih dekat dengan Allah. Kalau Allah dah keluarkan daripada kesenangan, Allahu begitu senang kita jauh daripada Allah.

Tidak hairan mengapa Allah selalu uji kita supaya kita selalu dekat dengan Dia.

Begitulah Sakinah dalam tempoh itu. Dia banyak berdoa kepada Allah. Ada juga ikhtiar sedekah supaya Allah bantu dia. Di samping dia juga amalkan Teknik Asmaul Husna untuk atasi hutang.

Dia tidak tahu macam mana tetapi dia zikir je dalam flyers ni.

Lepas beberapa minggu rasa bagaikan sedekah dan doanya tidak dengar Tuhan. Dia cuba bersangka baik kepada-Nya.

Keadaan Sakinah dalam 2 – 3 bulan itu ibarat sebuah kisah Pablo dan Bruno. Tonton video ni:

Sakinah banyak berzikir, tahajud, Dhuha dan sedekah – macam Pablo yang membina paip ke kampung itu.

Walaupun dia lihat macam Allah tak balas sedekah atau doanya, rupa-rupanya pada suatu hari baru dia faham.

Pada suatu hari, Sakinah berjumpa dengan seseorang. Orang itu adalah somebody. Sakinah dapat peluang untuk berkolaborasi yang buat dia dapat income pasif dengan mudah.

Dari situ dia belajar, Allah sengaja tangguhkan doa dia untuk tengok berapa kerja keras dia untuk beribadah kepada-Nya seperti berzikir, tahajud, Dhuha dan sedekah.

Saat Allah membuka jalan-Nya, tiada manusia akan mampu memikirkan betapa luasnya rezeki yang Allah boleh beri. Yang tak mampu difikirkan manusia sehingga dapat selesaikan hutangnya.

Sakinah tergamam dengan apa yang Allah beri. Apalah sangat dia jiwa kacau 3 – 4 bulan kerana isu kewangan sedangkan Allah beri dia lebih daripada apa yang dia nak – dia dapat jana income pasif tanpa perlu kerja keras.

Insya-Allah potensi kolaborasi itu membuat dia peroleh RM5 – 6 angka setahun dengan izin Tuhan.

Walaupun projek belum mula, dia bersyukur dan dia memang rasa dia patut bersyukur. Sebab segala ujian is paid cash by Allah. Allah beri dia lebih daripada apa yang dia pernah impi, malah dia tak mampu nak fikir jalan yang tidak disangka-sangka yang ditentukan Allah itu.

So, apa yang aku nak tekankan daripada kisah di atas, antara yang Sakinah buat adalah,

1. Banyak buat zikir penyucian hati

http://www.teknikbad.com/siri-teknikbad-dengan-asmaul-husna/

2. Buat juga zikir atasi hutang ini selepas zikir penyucian hati dan lepas solat Dhuha walau minima 2 rakaat (gambar)

3. Sedekah 10% daripada income / keperluan yang diimpi. Kalau amaun tu terlalu besar, sedekah 5% and so on asalkan ada komitmen sedekah

4. Rajin solat Hajat untuk memohon pertolongan Allah – doa secara spesifik apa yang dimahukan tentang hutang atau soal kewangan

5. Usahakan bangun Tahajud walau hanya buat 2 rakaat

6. Gunakan saranan diri / skrip ajaib

Letakkan berapa amaun yang diimpi, buat kira-kira untuk apa amaun itu. Bahagikan siap-siap

“Aku tak tahu bagaimana aku tahu dan bagaimana aku buat. Tetapi aku buat dan berjaya lunaskan RM____ untuk setiap bulan.”

*Itu adalah teknik hipnosis untuk mempengaruh minda separa sedar + ia salah satu bentuk doa. Lepas doa, lupakan. Buat 6 perkara di atas secara konsisten.

Doa, yakin, bergerak – Ustaz Yusuf Mansur

Hutang PTPTN masih membelenggu hidup anda?

Klik sini —> Langsaikan hutang PTPTN dengan cara tak disangka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *