Contoh perniagaan kecil

Contoh Perniagaan Kecil

Perniagaan yang kecil adalah sangat praktikal nak buat. Tak perlulah nak takut yang penting kena semangat yang membara dan tak peduli apa orang kata pun. Yang penting aku nak berniaga. Mesti boleh rasa sendiri kan.

Bagi yang rasa macam nak berniaga tapi masih takut nak buka gerai tepi jalan tu maksudnya belum bersedia lah tu. Kena tunggu lagi biar sampai betul-betul tak boleh tahan baru keluar niaga.

Banyak jenis perniagaan kecil yang boleh dibuat tak percaya lalu je jalan mana pun kat tepi jalan tu mesti nampak gerai orang jual makan kan. Tu pun perniagaan juga. Cuba bayangkan duit cash masuk hari-hari. Apa yang best yang perniagaan kecil ni ialah boleh dapat duit cepat sebab itu sangat sesuai bagi kita jika nak tambah pendapatan, nak kumpul duit nak kahwin, cari duit untuk bayar yuran sekolah anak, nak beli barang impian dan macam-macam lagi.

Bagi yang terdesak nak pakai duit cepat, eloklah buat bisnes kecil ni dan kalau tak ada idea yang paling biasa tengok orang jual pisang goreng, keropok lekor, air kelapa muda. Itu bab jual makanan la kan.

Antara contoh perniagaan kecil lain dan boleh dijalankan secara berseorangan secara online ialah penyedia khidmat di portal servis online, pemborong dan pembekal barang murah dari China, menulis di blog sendiri atau menulis artikel untuk orang lain, menyedia tapak iklan di blog, pengurus laman jualan fanpage atau insta bisnes orang lain, main saham online dan pelbagai lagi yang boleh difikirkan sekiranya anda cukup kreatif.

Manakala jika anda tidak minat dengan bisnes online boleh sahaja lakukan bisnes offline mengikut minat dan kekuatan masing-masing.

Jika mahukan contoh saya boleh berikan contohnya seperti photographer samada untuk majlis atau props, buat bakeri dan hantar ke rumah-rumah, jual air di tepi jalan atau depan rumah, jual aiskrim buatan sendiri, jual burger, pakar hiasan dalaman, penasihat unit amanah dan ada lagi sebenarnya sebab ianya bergantung dengan apa kepakaran yang anda miliki.

Apa yang perlu ialah kemahuan yang tinggi dan tekanan yang paling baik ialah nak pakai duit sangat, poket kering atau orang mintak bayar balik hutang segera.

Seeloknya biarlah diri sendiri yang push dari nak tunggu tuah datang bergolek! Huhu …

Contoh Perniagaan Kecil

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com