Contoh iklan promosi produk makanan dengan Instagram

Pernahkah anda terfikir untuk menjual produk makanan anda secara online. Atau paling tidak kurang sekalipun mempromosikan produk makanan anda secara online.

Jual bermaksud urusan transaksi melalui laman web dimana anda buat bisnes makanan dari rumah sahaja dan promosi bermaksud membina imej namun anda masih bergantung kepada gerai atau restoran untuk menjual.

Tahukah anda ada pembuat makanan jalanan yang menggunakan twitter untuk promosi? Contohnya hari ini gerai bergerak beroperasi di Wangsa Maju oleh itu dari update yang dibuat di twitter pelanggan setianya dah tahu dimana nak dapatkan makanan tersebut. Ibaratnya samalah seperti PLUS yang mengupdate jalan mana yang sesak atau seperti Radio ERA yang buat tour dan beri hadiah di merata tempat.

Tidak terkecuali bagi penjaja jalanan, kaedah promosi ini sangat mudah untuk diaplikasikan. Yang penting kumpulkan follower yang ramai terlebih dahulu. Media sosial yang digunakan juga tidak terhad kepada twitter malah facebook, blog, instagram dan pelbagai lagi.

Kami tunjukkan contoh promosi bagaimana anda boleh ikuti cara ini untuk bukan sahaja promosi tapi juga menjual produk makanan anda secara online.

Klik sini lihat contoh-contoh instagram popular  yang mana guna instagram untuk pemasaran makanan: Makanan Tambahan Shaklee Agen Bangi. Yang ini Blog yang promote akaun Instagram tersebut. Mudah bukan, gambar je pun.

Anda patut mencubanya.

Jika diperhatikan betul-betul apabila mempromosi makanan, aset utama pemasaran adalah gambar makanan itu sendiri. Ibarat iklan KFC – melihat gambar ayam goreng sehingga terbayang lazatnya sehingga menjilat jari! Anda juga boleh mula promosi produk makanan anda mulai hari ini mengikut contoh yang telah saya tunjukkan tadi.

Memandangkan Instagram adalah percuma jadi anda boleh mulakan dengan yang percuma dahulu.

Iaitu mulakan dengan pemasaran Instagram.

Walaupun semua orang ada Instagram tapi bukan semua orang tahu nak buat pemasaran Instagram.

Pemasaran Instagram ada seninya yang tersendiri kerana media sosial sebenarnya bukanlah tempat menjual.

Instagram adalah tempat bersosial jadi perlu ada teknik untuk buat pemasaran Instagram ni.

Maksudnya selain gambar anda juga perlu ada soft skill buat ayat pada caption gambar makanan anda untuk menarik dan menambat hati pelanggan yang akan membuatkan mereka meletakkan kepercayaan kepada anda. Gabungkan kedua-duanya dan lihat kesannya.

Klik sini ketahui formula promosi Instagram yang POWER!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*